Bila Agong dan PMO berbalas surat...

 

May be an image of 5 people and text


NORMAN RADZUAN

4 helai Warkah Istana, Muhyiddin checkmate

Bila Agong dan PMO berbalas surat...

SATU DUNIA TAHU KISAH MUHYIDDIN

Semalam ketika Parlimen bersidang 'warkah' Istana ( Siaran Akhbar ) dpt dibaca di laman sosial. Ia menjurus kpd penangguhan sidang Parlimen apabila kerajaan PN mendapat malu dan dianggap derhaka oleh rakyat Malaysia kpd Ketua Negara, Yang Di Pertuan Agong.

Warkah itu adalah titah baginda yg sangat dukacita apabila Pembatalan Darurat tanpa melalui proses perlembagaan atau yg telah dipersetujui. Akhirnya media seluruh dunia memuatkan berita tersebut sekaligus memberi impak negatif kpd ekonomi serta pelaburan antarabangsa.

Ptgnya dari PMO pula membalas surat baginda. Dlm warkah tersebut menyatakan baginda mesti mendengar nasihat jamaah Menteri. Seolah olah surat tersebut menyatakan Raja hanyalah sekadar 'boneka' yg tugasnya menandatangani perintah PM dan jamaah menteri. Keberanian surat PMO membalas warkah baginda sungguh mengejutkan dan dianggap penderhakaan.

Hari ini tersebar di media2 sosial warkah dari Istana membalas surat PMO tersebut. Dari 2 helai kini menjadi 4 helai dan lebih detail bukan sahaja utk dibaca oleh jamaah Menteri tetapi rakyat. Jika benarlah warkah itu dtg dari pihak Istana, Muhyiddin wajar berhenti segera. Manakala Penyandang Kursi Institusi Raja-Raja Melayu UiTM, Profesor Datuk Dr Shamrahayu Ab Aziz berkata Muhyiddin bersalah...

Muhyiddin, Takiyuddin dan anak Harun skg kena checkmate apabila muncul warkah terbaru baginda (jika benar keaslian). Angin bertiup kencang dari dalaman parti Bersatu dan UMNO mahukan Muhyiddin dan Takiyuddin meletakkan jawatan.

Persoalannya Muhyiddin mengapa perlu pertahankan jawatan anda? Anda kini dilihat derhaka kpd Raja2 Melayu hingga diminta oleh parti utk berundur bersama Takiyuddin. Cukup2lah anda Muhyiddin menggunakan darurat, covid19, speaker dan KKM utk pertahankan kuasa. Berjiwa besarlah Tan Sri demi utk rakyat.

Jalan songsang yg anda pilih utk menjadi PM ini akn terus menghantui anda. Anda bukan sahaja membuatkan negara ini dlm krisis perlembagaan tetapi turut mengundang krisis dgn pihak Istana di saat rakyat sengsara kegagalan anda menguruskan Pandemik ini.