KASIHAN UMNO- MACAM MATI MAK BAPAK-Umno, kenyataan pemimpin mana yang betul ni

 

Kenyataan pemimpin Umno yang manakah betul kini menjadi persoalan di kalangan orang ramai kerana semuanya berbeza antara satu sama lain.

Ketika Naib Presiden Umno yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri berkata, 40 ahli Parlimen BN menyokong kerajaan yang ada, pemimpin Umno yang lain pula mengeluarkan kenyataan yang berbeza.

Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hassan berkata, MP Umno perlu menjauhkan diri mereka dari kerajaan yang ada kerana telah menderhaka kepada Yang Dipertuan Agong.

Bagi beliau, Umno tidak boleh meletakkan dirinya sehingga dilihat melawan bantahan Istana kerana Umno telah berjanji akan sokong dan mempertahankan intitusi raja-raja Melayu.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin pula berkata, MP Umno patut berusaha mengujudkan kerajaan sementara sehingga pilihan raya umum akan datang bukannya bersama kerajaan yang ada.

Bagi Khaled, ada tiga mandat utama kerajaan sementara, iaitu menguruskan ekonomi, menyelesaikan masalah kesihatan dan mempersiapkan negara ke arah PRU 15.

Sebelum ini, dalam satu kenyataannya, Ismail Sabri berkata, dalam satu mesyuarat yang dipengerusikan beliau, semua MP BN bersetuju untuk menyokong kerajaan pimpinan Tan Sri Mahiaddin Md Yassin yang ada.

Kenyataan itu dibuat menggunakan kepala surat Barisan Nasional.

Selepas dikatakan kenyataan itu palsu kerana hanya pengerusi dan setiausaha agung BN sahaja yang boleh membuat kenyataan, kenyataan atas nama Ketua Whip kerajaan pula digunakan.




No comments: