Kurang cerdik batal Ordinan Darurat tanpa pengetahuan – Ku Li By Kasthuri Jeevendran


Tengku-Razaliegh-2

Tengku Razaliegh Hamzah. foto Bernama

KUALA LUMPUR – Pengumuman Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan bahawa kesemua enam Ordinan Darurat dibatalkan oleh kerajaan pada 21 Julai lalu sesuatu yang kurang cerdik.

Ia juga menjadi tanda tanya mengapa wakil UMNO dalam Kabinet juga tidak tahu tentang pembatalan tersebut.

Menurut Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, sepatutnya UMNO patut diberitahu tentang pembatalan itu memandangkan wakil pimpinannya juga duduk dalam Kabinet pada masa ini.

“Saya rasa ini adalah perbuatan yang kurang cerdik tidak patut dilakukan oleh kerajaan dan wakil-wakil yang dianggap ‘wakil’ oleh mereka sendiri, parti sayalah (UMNO) dalam kerajaan sepatutnya beritahu kepada pihak kami bahawa keputusan ini telah dibuat oleh Kabinet secara rahsia kepada kita.

“Ini supaya kita tahu apa yang sedang berlaku dalam kerajaan yang adanya juga wakil UMNO duduk sebagai anggota Kabinet tetapi kita tidak tahu dan kita terkejut,” katanya dalam satu sidang media secara maya malam tadi.

Baru-baru ini, Yang di-Pertuan menzahirkan rasa amat dukacita dengan pengumuman kerajaan berkenaan pembatalan semua Ordinan Darurat kerana belum diperkenan baginda.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin, berkata Seri Paduka Baginda turut menzahirkan rasa amat dukacita kerana cadangan pembatalan semua Ordinan Darurat dibentang dan dibahaskan di Parlimen bagi tujuan diungkaikan yang diperkenan dan dititahkan kepada Takiyuddin dan Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun semasa majlis menghadap secara maya 24 Julai lalu, tidak dilaksanakan.

Justeru itu Tengku Razaleigh lagi, bukan sahaja Menteri Undang-Undang, Datuk Seri Takiyuddin Hassan malah sebaliknya keseluruhan Kabinet dalam pimpinan kerajaan perlu mengambil tanggungjawab dengan apa yang telah berlaku.

“Sidang Parlimen yang diadakan ini adalah atas pandangan Tuanku Agong bukan untuk bersuka-suka tetapi untuk menimbang pengisyrtiharan Darurat dan Ordinan-Ordinan di bawahnya untuk mengurus tadbir negara sekiranya Ordinan-Ordinan itu perlu.

“Jadi sia-sialah kita hadiri Parlimen tetapi tidak dapat membincangkan, menimbang Ordinan-Ordinan yang dikatakan patut dbincangkan dalam Parlimen. Ini satu perbuatan tidak baik.

“Lagi pun kalau kita lihat kandungan kenyataan daripada Istana Negara nampaknya Tuan Agong tidak pernah dipersembahkan ordinan-ordinan ini ini untuk diperkenan supaya ia boleh dibatalkan sebagaimana yang didakwa Takiyuddin.

“Biarlah Ahli Parlimen Dewan Rakyat dan Dewan Negara membincangkannya, membahaskannya dan memutuskan sama ada ada patut atau tidak dibatalkan bukan kuasa Kabinet.

“Saya rasa ini satu pembohongan besar dan tidak cerdik kerajaan melakukan ini. Bukan sahaja Menteri Undang-Undang tetapi seluruh Kabinet bawah pimpinan sekarang bertanggungjawab,” ujarnya. -MalaysiaGazette


No comments: