Lompat Parti | PKR Sarawak dipimpin 'Council of Elders' - Saifuddin



PKR Sarawak kini dipimpin "Council of Elders" yang mengambil alih pentadbiran parti di negeri itu, selepas bekas Pengerusi PKR Negeri, Larry Sng meletak jawatan dan menyokong kepimpinan kerajaan Perikatan Nasional. Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menjelaskan majlis itu dianggotai pemimpin kanan parti di Sarawak dalam membawa hala tuju, terutama persediaan untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri Sarawak tidak lama lagi. Persedian Pakatan Harapan terutamanya pkr tidak terjejas dengan tindakan Larry dan persiapan menghadapi PRN Sarawak pada tahap 90 peratus.



No comments: