SUGAR BABY? RAHSIA TERBUKA, BUKAN BENDA BARU…

 

BOB KELANANG


May be an image of one or more people and text that says "TOP 10 SUGAR BABY UNIVERSITIES IN MALAYSIA Sunway University Sugarbook INTI International University 3105 Taylor's University 2624 TAR University College 1696 University of Malaya 1600 Monash University 1280 Limkokwing University 960 University of Nottingham 864 Multimedia University (MMU) 832 Universiti Teknologi MARA (UITM) 768 704 35 23 Average Age of Sugar Daddy RM150K Average Age of Sugar Baby Average Income of Sugar Daddy RM2.5K Average Allowance ofa Sugar Baby"


Baru-baru ini Malaysia dikejutkan dengan pendedahan yang dibuat oleh sebuah syarikat (SugarBook) yang memaparkan statistik berkenaan Sugar Daddy dan Sugar Baby... p33ada ramai orang... pendedahan ini amat mengejutkan.... tapi bagi pihak keselamatan Malaysia... ianya adalah satu rahsia terbuka. Ianya bukan benda yang baru... sudah puluhan tahun ianya dikesan di Malaysia

Berita ini jika dikaji dengan lebih mendalam sebenarnya memperlihatkan betapa rosaknya pelajar-pelajar yang berada di Institusi Pendidikan... Ianya bukan sahaja melibatkan Institusi Pendidikan di Malaysia tapi diseluruh dunia...

Bagi Cawangan Anti-Maksiat, Perjudian dan Gengsterisme (D7) PDRM Bukit Aman, berita yang tersebar ini memberikan satu cabaran besar buat mereka menyekat dan menghalang perkara ini dari terus membarah. Walaupun kerap dibuat serbuan ke atas premis-premis hiburan dan tempat penginapan mewah... tapi banyak kes hanya berjaya dirungkai hanya dengan bantuan orang dalam...

Aper pon... perkara ini perlu dibenteras demi untuk menjaga nama baik institusi pengajian tinggi di Malaysia (sama ada swasta mahupun awam) dan juga demi moral.

Marilah kita sama-sama terlibat memantau dan juga memastikan bahawa anak-anak kita tidak terlibat dengan aktiviti tidak bermoral ini... Pemantauan secara berkala dan ekstreme perlu dibuat di institusi yang dinamakan ini... Sedih bila satu institusi pengajian tinggi awam yang pelajarnya hampir 100% Melayu Islam seperti Universiti Teknologi Mara (UiTM) terlibat dengan industri Sugar Baby Sugar Daddy ini....

Ada juga dalam laporan lain yang mengatakan bahawa ada pelajar dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) juga terlibat dalam industri tidak bermoral ini... Ianya juga perlukan pemantauan yang berkesan

 

No comments: