MILDEF HMAV 4X4 | ANAK KULIM KEDAH HASILKAN KERETA PERISAI PERTAMA NEGARA!



Ini bukan rebadge, ini bukan kolaborasi tetapi ini ialah rekabentuk dan buatan anak watan kita sendiri. Syarikat Mildef International Technologies di Sepang mempunyai 140 orang tenaga mahir Bumiputra sepenuhnya, dan sudah lama berkecimpung dalam bidang teknologi kenderaan berperisai untuk tujuan ketenteraan. Dengan pelanggan-pelanggan dari seluruh dunia, syarikat Datuk Seri Mohd Nizam Kasa, anak Kulim, Kedah kini bangkit untuk mempersembahkan produknya sendiri - MILDEF HMAV 4X4. Dibantu oleh enjin dari Caterpillar, transmisi dari Allison dan gandar buatan Perancis, kenderaan berperisai mobiliti tinggi ini sudah menarik perhatian negara negara luar untuk dibeli. Nizam juga mengakui, beliau tidak menerima sebarang dana atau bantuan kerajaan pun untuk menghasilkan kenderaan yang memakan kos R&D sebanyak RM16 juta dan kajian selama 4 tahun itu. Dengan jumlah tenaga mahir seramai 140 orang warga Malaysia, syarikat milik penuh bumiputra ini membuktikan Malaysia ada satu lagi cabang industri yang boleh dipelopori. Jika kita bijak, kita boleh bantu untuk ia membesar dan terus membesar, dan bukan dijual ke orang luar. Sapa kata kita tak boleh???



No comments: