KOMPUTER, LAPTOP, TABLET, SMARTPHONE..?

 

No photo description available.


BOB KELANANG

Sekarang nih hampir semua pelajar sekolah terpaksa meneruskan sesi pembelajaran 2021 dengan menggunakan teknik PDPR… yer... memang sedih bagi mana-mana pelajar yang berada dalam kategori tidak mampu DAN miskin... kita faham tu... tambah lagi dengan sambungan Internet yang macam hampeh terutamanya di luar bandar...

PDPR ini dilihat lebih meningkatkan jurang perbezaan pendidikan diantara pelajar... bagi keluarga yang mampu... ini semua tiada masalah... tapi bagi keluarga yang fakir DAN miskin... ianya menjadi satu bebanan yang akhirnya menidakkan peluang untuk mereka mendapatkan pendidikan yang sewajarnya...

Artikel ini ditulis sekadar untuk melihat keberkesanan penggunaan Komputer, Laptop, Tablet dan Smartphone... jadi mari kita soroti isu ini sambil merujuk kepada konsep pembelajaran secara PDPR.

Setiap sesuatu itu ada Pro dan Kontra nya... xsemuanya bagoosh untuk semua keadaan.

Komputer peribadi (Personal Computer) memang bagoosh... sebab semua fungsi dan kepenggunaannya adalah lengkap... namun untuk sambungan ke Internet, pengguna perlukan sambungan berkabel ethernet Cat 5 atau Cat 6 paling kurang... atau membeli WiFi USB untuk sambungan secara tanpa wayar (wireless) kepada Router... pelik juga sebenarnya kenapa komputer peribadi tidak dilengkapi dengan fungsi WiFi terbina dalam... Ianya agak berat dan menggunakan elektrik yang agak tinggi juga sebenarnya... DAN yang paling kritikal... komputer peribadi ini tidak mudah alih DAN biasa nya tidak dilengkapi dengan kamera webcam... harga pula boleh didapati dari serendah RM350 (secondhand / refurbish / used) sampailah kepada model terkini dan termaju pada harga RM10k

Untuk memudahkan penggunaan komputer secara mudahalih... maka ujudlah segment Notebook, Laptop atau Netbook (bergantung kepada varian dan saiz)... Ianya mempunyai semua fungsi yang sama seperti komputer peribadi... dan boleh disambungkan kepada Internet sama ada dengan menggunakan kabel network atau fungsi WiFi terbina dalam... hampir semua model menyediakan kamera webcam terbina dalam... penggunaan elektrik yang agak rendah dan disokong oleh bateri yang agak terhad... tapi tetap menyelesakan... harga pula agak mampu milik dari serendah RM500 (secondhand / refurbish / used / new) sampailah kepada model yang

hebat

dan termaju pada harga RM7000

Tablet pula adalah satu peranti tanpa wayar yang mudah alih menggunakan kuasa bateri yang agak tahan lama... namun ianya terhad kepada sistem pengoperasian Windows, Android dan iOS... aplikasi yang ada untuk kegunaan Tablet juga tidaklah terlalu kurang. Malah perisian Microsoft Office 365 juga boleh dilanggan dengan menggunakan tablet... Kamera webcam memang telah terbina dalam semua tablet dan ianya agak mudah untuk dikendalikan... Tablet umumnya menggunakan Stylus Pen untuk membuat coretan atau contengan padanya... namun hampir semua tablet boleh dipasangkan dengan papan kekunci (keyboard)... sambungan Internet biasanya sama ada melalui SIM Card ataupun menggunakan fungsi WiFi terbina dalam... harga pula agak mampu milik dari serendah RM200 (secondhand / refurbish / used / new) sampailah kepada model yang

hebat

dan termaju pada harga RM4000

Smartphone pula adalah sama seperti Tablet cuma saiz displaynya agak terhad... tak macam tablet yang boleh mencecah saiz display sehingga 10 inci atau 12 inci... saiz display smartphone pula biasanya sekitar 5 inci dan ke bawah... Inilah satu kekangan yang membatasi penggunaannya untuk PDPR... Sambungan Internet biasanya sama ada melalui SIM Card ataupun menggunakan fungsi WiFi terbina dalam... harga pula agak mampu milik dari serendah RM200 (secondhand / refurbish / used / new) sampailah kepada model yang

hebat

dan termaju pada harga RM6000

Kesimpulan yang kita boleh dapati antara semua ini... adalah jalan tengah kepada semuanya adalah dengan menyediakan kemudahan Tablet Untuk Pendidikan... ianya mesti bersaiz 10 inci atau lebih sekurang-kurangnya dan lengkap dengan Stylus Pen serta papan kekunci (keyboard). Penggunaan Google Drive dalam Cloud untuk data adalah sesuatu yang

terbaik

.

 

No comments:

(function() { var d = document, w = window; w

Tebuk atap! Bukan langkah kanan Hadi

  March 8, 2021  TEBUK ATAP ! BUKAN LANGKAH KANAN HAJI HADI.. Membaca laporan malaysiakini tulisan Haji Hadi,Jelas dalam hatinya penuh kesum...