Anwar Ibrahim: Masih Ada Lagikah Tenaga Yang Boleh Menyatukan Pembangkang?



(Dari Wacana DSAI-MPN #7)

DSAI menegaskan bahawa Reform Institusi ini sangat penting, "Good governance" dan menentang Rasuah juga yg terpenting. Ia bukan perkara mudah kerana kita akan berhadapan dgn sistem yg enggan berubah.

Bagi melakukan "Institutional Reform" kita perlukan kekuatan dan "Political Will". DSAI akui beliau pernah ditimpa masalah kerana cuba menggubal Akta Pencegahan Rasuah 1997. Sistem yg sudah korup itu sendiri akan melawan mereka yg mahu mencegah rasuah.

Para koruptor tidak senang dgn peruntukan akta berkenaan yg memberi kuasa pendakwaan ke atas koruptor walau selepas 10 tahun meninggalkan jawatan atau bersara.

Kerajaan bertukar tapi Rasuah masih tidak berubah. Begitulah realiti di Malaysia sejak berpuluh tahun.

Wallahualam.

- Zus Din

24 Januari 2021

 

No comments: