KERAJAAN HANYA PERLU LOCKDOWN KILANG DAN INDUSTRI.. BUKAN MANGSAKAN PERNIAGAAN KECIL DAN RAKYAT MARHAEN..
Hari ini 23 hb, Hanya 3 Hari lagi sepatutnya PKP 2 minggu pertama tamat.. Malang seperti di Selangor sendiri kenapa kes makin melonjak ? kenapa PKP kali ini tak berkesan.. Sebab Kebodohan Kerajaan meletakkan sasaran yang tepat.. Tindakan bukan berdasarkan kajian dan dapatan fakta penularan wabak..
Bagi aku, PKP kali ini adalah sia sia..Sepertimana aku tulis sejak awal lagi, Kerajaan hanya perlu Lockdown Industri dan Kilang, Begitu juga tapak tapak pembinaan dan asrama pekerja asing.. Bukan mangsakan kedai makan, Pejual Burger hatta peniaga kecil yang takda kaitan dengan kewujudan Kluster..
Apakah penasihat kesihatan begitu dangkal membaca asbab ? Sebelum ini aku menulis satu kaedah Fiqh.. Sebab setiap dari tindakan atau hukum itu mesti berdiri atas Illah(sebab) dia..
الحكم يدور مع العلة المأثورة وجودا وعدما..
“kewujudan hukum itu berkisar pada keberadaan “‘illat” yakni sebabnya.. ”
APA FAKTA DAN ASBAB PENULARAN WABAK ?
Hari ini apa yang aku tulis sebulan lalu menjadi kenyataan..Selain asbab Rentas Negeri..Kilang, Industri dan tapak binaan yang sebabkan lonjakan kes tidak di tutup..Malangnya peniaga kecil dijalanan..kedai serbaneka, Kedai makan atau kedai mamak.. begitu juga Retailer yang tak wujudkan sebarang kluster dijadikan mangsa… kalau ada pun mereka ini terkesan dari kontak rapat Industri..
Hari ini diakui oleh Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham sendiri , Kluster tempat kerja itu cukup membimbangkan.. apa Kluster tempat kerja tu ? cuba sebut betul.. disebutkan 80% dari kluster baru datang dari sektor perkilangan dan industri, bakinya sektor perhidmatan..
Semalam dari 17 Kluster baru, 11 darinya dari Kilang dan tempat kerja termasuk di Perak.. sudah pasti selain faktor ini datang dari kontak rapat pekerja industri dan asrama pekerja.. dan akhirnya melibatkan pekerja tempatan dan ahli keluarga mereka terutama melibatkan aktiviti merentas daerah dan negeri…
Bukan hanya Rakyat jadi Mangsa, Hatta Agama itu sendiri.. Kilang dibenarkan beroperasi.. ada Masjid hanya dibenarkan ahli jawatan kuasa Masjid saja yang Solat.. Jika ada mizan dan timbangan, Masjid dan Kilang mana yang sepatutnya beresiko..Malangnya Kerajaan bani Melayu Islam yg dianggotai Ulama lebih memilih Kilang untuk diberi kelonggaran dari Masjid..
Memang benar, aktiviti perkumpulan mesti dilarang.. hatta di Masjid.. tetapi sebagaimana Kilang, Masjid mesti menggunakan timbangan dan mizan yg sama..tetapi kenapa Kilang dibenarkan beroperasi 30%, Sedang Masjid tidak..
Seperti aku tulis sebelum ini..Setidaknya kita memerlukan 4 Bulan, 2 Minggu awal sudah pasti ada lonjakan kes, Tetapi akan ada penurunan selepas 4 Minggu itu pun bersifat sementara..Sebab PKP tak mungkin dilaksanakan melebihi 4 Bulan..dah pasti selepas tamat tempoh PKP..akan berlaku lonjakan semula.. yang sepatutnya dilakukana dalah kawalan yg menepati sasaran..
Itu sebabnya apa yan harus dilakukan sejak awal, Menutup pintu sempadan Negeri dan Daerah.. Begitu juga lockdown sebahagian Industri.. Bukan menutup hampir keseluruhan sektor Ekonomi terutama melibatkan IKS dan PKS..
Bagi pemimpin PH..Seperti aku sebut sebelum ini..Tolonglah jadi suara rakyat Marhaen..Beranikan diri tampilkan pendekatan berbeza dalam tangani wabak Covid-19.. Jangan hanya jadi pak turut kerajaan.. apalagi terlibat dalam jawatankuasa Dharurat..setidaknya bersuaralah dengan tegas membela rakyat bawahan..
Apapun, Dimana kesilapan Besar Kerajaan selain dari kebenaran rentas negeri.. dalam melibatkan Kluster Perkilangan, Ia bermula dengan kegagalan untuk Lockdown kilang Top Glove di Meru Klang biarpun beratus pekerjanya dijankiti..hanya Kerana syarikat tersebut menyumbang cukai kepada kerajaan dari keuntungan perniagaan sarung getahnya..
Maka benarlah kata Nabi ﷺ akan kebinasaan sesebuah kerajaan dan negara…
فَإِنَّمَا أَهْلَكَ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ أَنَّهُمْ كَانُوا إِذَا سَرَقَ فِيهِمْ الشَّرِيفُ تَرَكُوهُ وَإِذَا سَرَقَ فِيهِمْ الضَّعِيفُ أَقَامُوا عَلَيْهِ الْحَدَّ..
وَإِنِّي وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لَوْ أَنَّ فَاطِمَةَ بِنْتَ مُحَمَّدٍ سَرَقَتْ لَقَطَعْتُ يَدَهَا..
“ Sesungguhnya yang membinasakan orang-orang sebelum kalian adalah apabila ada orang yang dihormati (terhormat) dari mereka mencuri, maka mereka pun membiarkannya.
Namun jika ada orang yang lemah dan hina di antara mereka ditangkap kerana mencuri, maka dengan segera mereka melaksanakan hukuman ke atasnya…”
Jelas dihadapan kita, Rakyat marhaen, apek tua didenda.. Yang kayangan dan Menteri …Apakah ini gambaran kebinasaan ?
Ipohmali