(Dari Wacana DSAI-MPN #1)
1) SUDAH jelas Majoriti MP mengirimkan warkah memohon
persidangan Parlimen diadakan bagi mengkaji semula Darurat. RAKYAT MEMERHATI
APA TINDAKAN YDPA DALAM AMALAN DEMOKRASI?
2) Kuasa YDPA utk melaksanakan Proklamasi DARURAT diakui (tidak
dipertikaikan) tetapi Rakyat dan MP-MP sendiri meragui keabsahan seorg PM yg
hilang MAJORITI sokongan MP bagi menasihati YDPA utk melaksanakan Darurat.
3) Menurut DSAI, sekitar 114 atau 115 MP sudah mengutus warkah
kpd YDPA dgn memohon diadakan persidangan Parlimen. Mereka ini menolak
pandangan Kerajaan PN mengadakan Darurat. Malah Kabinet Sarawak dan GPS juga
sedang menimbang utk memohon Darurat di Sarawak ditarik balik.
4) WARISAN di Sabah turut berpandangan bahawa Darurat ini perlu
dikaji semula dan sidang Parlimen perlu diadakan. Begitu juga sikap UMNO. Ini
menyebabkan Darurat ini ditolak oleh MAJORITI MP dan mungkin sekitar 90 shj yg
masih menyokong Kerajaan PN ini.
5) MEMBACA Perkara 150(3) PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN :
"Proklamasi Darurat dan apa-apa ordinan yang dimasyhurkan
di bawah Fasal (2B) 𝗵𝗲𝗻𝗱𝗮𝗸𝗹𝗮𝗵 𝗱𝗶𝗯𝗲𝗻𝘁𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗶 𝗵𝗮𝗱𝗮𝗽𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗱𝘂𝗮-𝗱𝘂𝗮 𝗠𝗮𝗷𝗹𝗶𝘀 𝗣𝗮𝗿𝗹𝗶𝗺𝗲𝗻 dan, jika
tidak terlebih dahulu dibatalkan, hendaklah terhenti berkuat kuasa jika
ketetapan diluluskan oleh kedua-dua Majlis yang mengungkaikan Proklamasi atau
ordinan itu, tetapi tanpa menjejaskan apa-apa jua yang dilakukan sebelumnya
menurut kuasa Proklamasi atau ordinan itu atau tanpa menjejaskan kuasa Yang
di-Pertuan Agong untuk mengeluarkan suatu Proklamasi baru di bawah Fasal (1)
atau memasyhurkan apa-apa ordinan di bawah Fasal (2B). (4) Semasa Proklamasi
Darurat berkuat kuasa, kuasa eksekutif Persekutuan hendaklah, walau apa pun
apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, meliputi apa-apa perkara dalam kuasa
perundangan sesuatu Negeri dan pemberian arahan kepada Kerajaan sesuatu Negeri
atau kepada mana-mana pegawai atau pihak berkuasa Negeri itu".
MAKA adalah jelas menunjukkan yg Proklamasi Darurat 2021
(PD2021) ini sepatutnya dibawa ke Parlimen dan dibentangkan di hadapan Dewan
Rakyat dan Dewan Negara. JIKA ini tidak dilakukan apakah keabsahan Darurat itu
boleh dicabar?
6) JIKA bagi seorg PM yg dilantik TANPA PRU sepatutnya
mendapatkan keabsahan sokongan Majoriti melalui VoC di Parlimen, kita lihat PM
sekarang ini TIDAK PERNAH membuktikan sokongan Majoriti kpd beliau di Parlimen
sepertimana Tun Hussein Onn dan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Malah bila jelas PM8
ini TELAH kehilangan Majoriti, beliau bertindak menasihat YDPA utk
melanaksanakan PD2021. Adakah ini menepati Perlembagaan atau ia adalah tindakan
TIDAK BERPERLEMBAGAAN? Ini boleh dihujahkan termasuk di mahkamah.
7) Rakyat sedang memerhati. Jelas di seluruh Negara malah Dunia
Luar turut memerhati, apa tindakan YDPA menurut lunas-lunas Demokrasi? Seperti
yg dinyatakan DSAI, kita menantikan budi bicara YDPA utk menyelesaikan perkara
ini dgn TUNTAS.
8) Membiarkan Darurat dan ketidak tentuan Ekonomi pandemik dan
pandemik COVID-19 yg memburuk di bawah seorg PM yg telah hilang MAJORITI dgn
"kerajaan caretaker: yg sgt lemah tidak akan memberi manfa'at malah
malapetaka kpd Malaysia dan Rakyatnya.
Wallahualam.
- Zus Din
24 Januari 2021
****************************************
114 atau 115 MP tak setuju darurat saranan PN, dakwa Anwar
Ketua pembangkang, Anwar Ibrahim, hari ini mendakwa jumlah ahli
parlimen yang bersetuju untuk menolak cadangan kerajaan Perikatan Nasional (PN)
mengadakan darurat "lebih daripada mencukupi".
Setakat ini kata Anwar ada antara 114 hingga 115 ahli parlimen
yang sepakat mahukan darurat dibatalkan.
Kata presiden PKR itu lagi dengan jumlah berkenaan cukup untuk
memohon perkenan Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah
untuk mempertimbangkan usul tersebut dan memanggil sidang khas parlimen dengan
segera.
"Sekarang telah mencecah 114 (atau) 115 yang menolak usul
PN. Jumlah itu lebih daripada cukup menolak pandangan PN berhubung darurat,
(ia) ditolak majoriti ahli Parlimen," katanya dalam program bual bicara
Minda Profesor Negara hari ini.
Rabu lalu, Anwar mempertahankan tindakan pembangkang menulis
surat kepada Agong untuk memohon perkenan baginda membenarkan parlimen
bersidang ketika darurat.
Pada 14 Jan Anwar meminta semua anggota parlimen mengutuskan
warkah kepada Agong bagi memohon agar pengisytiharan darurat dibatalkan dan
parlimen bersidang secepat mungkin, sebelum 31 Januari.
PH dan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) mengesahkan mereka
menghantar surat itu, manakala Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan menghantar
surat kepada ahli parlimen parti itu untuk meminta persetujuan mereka.
Pengisytiharan darurat - yang dikritik parti kerajaan dan
pembangkang - seperti disarankan PN membawa kepada penggantungan parlimen serta
perlembagaan.
Justeru Perdana Menteri Muhyiddin Yassin didakwa menggunakan
darurat sebagai cara untuk dia terus berkuasa walaupun selepas kehilangan
majoriti di Dewan Rakyat.
Mungkin tak sampai 90
Bagi pihak yang mempertahankan darurat, mereka menyifatkan
pandangan yang tidak selari dengan pengisytiharan darurat sebagai menderhaka
kepada Agong.
Antaranya bekas setiausaha agung BN Annuar Musa yang
mempertikaikan tindakan Ahmad, selain Pemuda PAS yang mendakwa Anwar mengajak
ahli parlimen menderhaka.
Di sebalik jumlah yang besar mahukan darurat ditamatkan, Anwar
mengakui keputusan mengenainya bergantung kepada ihsan Agong.
“Ini tidak boleh disangkal. Apakah jumlah itu cukup? Itu lebih
daripada mencukupi [...].
“Bagi saya, kalau tanya saya, sekarang jumlah mencukupi. Tapi
kena tunggu ihsan dan budi bicara tuanku untuk mendapat makluman lanjut,”
katanya.
Anwar turut berkata, Gabungan Parti Sarawak (GPS) juga sedang
berbincang mengenai usul darurat itu.
Bagaimanapun, dia tidak mengetahui hasil perbincangan GPS itu.
“Saya tak tahu apakah keputusannya tetapi ternyata kalau ini
berlaku. Maknanya yang komited betul mendokong darurat dan penggantungan
parlimen itu tak mungkin sampai 90 ahli parlimen, ataupun jauh lebih rendah,”
katanya.