DULU KEMAIN HENTAM PH. SEKRANG NAK HENTAM SIAPA..MEMALUKAN


Hamdan Taha


 Pada awal tahun 2020 kita di sebut antara negara yang terbaik menyekat covid 19....


Masa tu kerajaan PN baru sahaja menjadi kerajaan. Berduyun duyun kritikan di kenakan kepada kerajaan lama oleh pemimpin PN..


Hari ini negara kita adalah antara negara terburuk berbanding negara asean dan asia yang lainnya. Kes meningkat dan tak jumpa lagi jalan menurun


Bukan saja kita gagal tetapi antara negara yang paling tidak siap sedia dari segi menerima vaksin. Kita rakyat biasa ni tak tahu di mana silapnya...


Ketua Pengarah Kesihatan sebelum ini terpuji dan di puji....tapi setelah hampir setahun baru lah rakyat sedar bahawa beliau tak pernah cuti daripada menjadi jurucakap dari memberitahu jumlah jangkitan setiap hari....sekadar itu sahaja beliau di kenali sekarang....kerana rakyat juga tidak nampak peranan beliau lebih dari itu bila ramai menteri gagal mematuhi sop dan menteri pula mengunakan KP KKM seolahnya telah mendapat pelepasan...


Bagi saya sebagai rakyat perkara yang saya mahu ialah ada gerakan dari menteri agama berbuat sesuatu mengajak rakyat buat sesuatu dengan satu gelombang dan arahan atau pun kempen supaya rakyat bersama sama seluruh negara mengadakan satu acara yang menuju kepada permohonan hambanya kepada yang maha kuasa.....selagi tidak ada gerakan rakyat akan terleka....dan tak nampak bersepadu....


Bagi saya keluar lah 20 juta sekali pun perbelanjaan oleh kerajaan untuk kempen solat hajat....baca al quran...baca yasin....berzikir beramai ramai di rumah di surau....di masjid....baru lah saya anggap kerajaan PN yang sebut mereka kerajaan 100 peratus melayu islam....jika sekadar macam sekarang juga bagi saya kerajaan yang sebut mereka kerajaan islam dan melayu adalah munafiq paling besar kerana menjual agama dan bangsa untuk berjaya dalam politik....



No comments: