Kenapa Double Standard dalam SOP?


MOHD MUKHLIS

Saya sebenarnya malas ulas bab ini sebab nanti boleh jadi isu sensitif, tapi sebab "kawan baik" SSST sudah tegur tentang double standard SOP Thaipusam, saya pun hendak komen serba sedikit.

Tulisan P Ramasamy boleh di baca di sini. https://www.freemalaysiatoday.com/.../why-the-double.../

Apa yang saya faham dari penulisan Ramasamy, Kerajaan Pulau Pinang dan Hindu Endowments Board (HEB) telah membatalkan acara berkait dengan Thaipusam termasuk perarakan dan hanya AJK Kuil sahaja di benarkan berada di kuil selaras dengan arahan MKN 6 hari lepas.

P Ramasamy juga mempersoalkan kenapa semalam Anuar Musa boleh veto keputusan MKN untuk membenarkan perarakan oleh kuil Batu Caves? Dia juga anggap tindakkan ini hanya untuk mendapat laba politik sebab ada keistimewaan di situ pada geng kuil Batu Caves.

Saya rasa ramai kawan hindu bersetuju dengan tindakkan untuk membatalkan perarakan Thaipusam untuk tahun ini. Sebab kita tak tahu berapa lama lagi kita akan hidup dengan Covid, secara peribadi saya okay sahaja untuk buat perarakan minina 10 orang dengan SOP ketat, sama juga saya setuju kalau masjid di buka dengan SOP ketat dan hanya 10 orang jemaah di bawah PKP.

Tapi saya nak tulis tentang benda ini sebab saya hendak tunjukkan HIPOKRASI mereka yang dulu memekak Islam terancam zaman PH tambahan bila masjid di selangor masih ditutup. Kalau yang benarkan perarakan tersebut datang dari Menteri PH, maka gegak-gempita padang merbuk di laung Islam terancam belum masuk bab walaun berdoa minta bala dari Allah turun pada Menteri.

Tapi bila yang annouce kan itu dari "kelompok mereka", semua pakat jadi syaitan bisu termasuk la yang kat utara tu.

Adil itu bukan lihat siapa yang berkata-kata, tapi lihat apa yang di perkatakan. Sebab itu kita masih lagi boleh berfikir secara rasional walaupun yang berkata-kata itu berbeza fikrah politik dari kita.

Ingat double standard SOP itu yang punca jadi naiknya kes covid di seluruh negara lepas PRN Sabah. Di tambah lagi dengan burung hud-hud berbeza hukuman. Nak PRN atau PRU itu bukan punca sebenar, yang punca ialah bila Menteri dan ahli politik tak payah kuarantin di wajib, ubah masa kuarantin wajib hanya sebab nak bagi AP masuk mengundi. Bila jadi double standard macam ini, rakyat pun akan jadi sambil lewa, kalau menteri langgar SOP tak kena apa, buat apa aku susah-susah jaga SOP?

 





No comments: