Tuan Penasihat malukan Mahathir



Norman Radzuan

Mahukah Bersatu, UMNO & Pas kongsi sama rata?

UMNO & BERSATU MUSTAHIL BERSATU


Telah kita beritahu, telah kita buktikan dgn rakaman audio, telah dibuktikan dgn foto, telah dibuktikan dgn tindak tanduk Mahathir, telah dikhabarkan oleh Zahid Md Arip, Husam Musa dan terbaru Azmin Ali bahawa Mahathir adalah perancang atau dgn kata lain pengkhianat kejatuhan kerajaan PH. Tapi pelik masih ada yg mahu bekerjasama dgn org tua itu.


Cukuplah malas nak ulas nanti Ustaz2 mereka suruh WASPADA dgn saya bukannya dgn Mahathir kerana pengaruh saya lebih hebat dari Mahathir😂🤣😂🤣... Berhujah lah Ustaz bukannya mempengaruhi org ramai memburukkan org yg kita tidak suka... apa jenis org beragama pun tak faham lah saya...patut menggunakan ayat berkhemah kerana agamawan org melihat akhlak dahulu baru ilmunya.


Cukuplah skg mari kita fokus kpd isu utama pagi ini. Menarik bila Muhyiddin mahu UMNO dan PAS bersatu dgn partinya atas nama Melayu. Kemudian Muhyiddin maklumkan bahawa PN akn menggunakan logo mereka sendiri. Terus melompat wakil UMNO menjawab mereka akn guna logo BN sendiri.


Keyakinan Muhyiddin sgt tinggi selepas beliau memberitahu telah mengadakan pertemuan bersama Presiden UMNO baru2 ini. Selepas pertemuan itu yg menghairankan tiba2 Zahid Hamidi meminta pemimpin UMNO tidak lagi mempersoalkan mengenai kerusi TPM yg sewajarnya menjadi milik UMNO atau utk dirinya.


Kenapa? Ada rundingan ? Sebab itulah rakan2 saya dari UMNO memberitahu Zahid Hamidi wajar meletakkan jawatan sebagai Presiden kerana keberangkalian beliau mudah diugut dgn kes peribadinya di mahkamah itu ada. Bagi mereka Zahid Hamidi telah mengheret UMNO utk tujuan rundingan peribadinya... wallahuallam.


Tanya saya adakah PRU15 nanti PN dan BN boleh bekerjasama? Jawapan saya mustahil ia berlaku. Sebenarnya bukan PH sahaja menghadapi masalah dalaman menjelang PRU15 inj tetapi Bersatu, PAS dan UMNO juga menghadapi situasi yg serupa.


Ahmad Sabri sendiri mengakui rundingan pembahagian kerusi Parlimen antara UMNO dan PAS hampir selesai. Malangnya besar kemungkinan terbubar kerana PAS telah menyertai pembentukkan PN. Tentulah PAS dan Bersatu akn berundinh juga kawasan Parlimen yg mereka ingin tandingi.


Semua org tahu tujuan Mahathir mencipta parti Bersatu adalah utk menggantikan UMNO. Khabarnya UMNO nyaris mahu diharamkan jika bukan campurtangan Anwar. 


Pemimpin2 UMNO sedar parti itu sdg dilemahkan. Tapi mereka tidak mampu berbuat apa2 kerana file mereka ada ditangan manusia paling berkuasa di negara ini iaitu TS Muhyiddin. Lihat apa yg berlaku di Sabah? Terang penguasaan UMNO telah dirampas oleh Bersatu. Zahid Hamidi tidak mampu berbuat apa2 dlm perebutan kerusi Ketua Menteri.


Adakah akn berlaku di Malaya situasi seperti di Sabah? Sebenarnya Bersatu dan UMNO masing2 ketakutan. Masing2 tidak mempercayai PAS. Sekarang PAS berjanji utk bersama Bersatu kerana PM dari Bersatu. Tapi apabila Parlimen dibubarkan bila2 sahaja PAS boleh kembali kpd UMNO.


Pemimpin UMNO tahu apabila Parlimen terbubar inilah masanya paling sesuai utk mereka bertindak menyerang Bersatu. Telah lama mereka menyimpan dendam diperbudakkan oleh Bersatu selama ini. UMNO tahu PAS pasti akn kembali bersama UMNO jika UMNO menolak utk bekerjasama dgn Bersatu.


Inilah yg sgt dibimbangi oleh Muhyiddin dan Tuan Penasihat, Azmin Ali. Kesetiaan PAS di era Hadi Awang sukar dipercayai. Lihat sahaja Hadi Awang telah membawa PAS keluar dari PR. Kemudian meninggal UMNO. Tidak mustahil PAS juga akn meninggalkan Bersatu kerana PAS tahu kekuatan UMNO jauh lebih kuat dari Bersatu.


Samada UMNO atau Bersatu keduanya tidak boleh jadi kerajaan tanpa PAS. Mereka memperbudakkan PAS utk bersama dgn parti masing2 atas nama bangsa dan agama. Jadi jawatan Menteri sudah memadai sebagai gula2 utk PAS bersama mereka. Kedua parti ini tahu hanya PAS sahaja boleh menyucikan dosa kesalahan atau keburukkan parti mereka kpd org Melayu.


Saya yakin UMNO akn menolak utk kerjasama dgn Bersatu pada PRU15 nanti. Cuba kita kira Parlimen yg ada di seluruh negara. Sabah dan Sarawak ada 56 Parlimen dan tinggal utk Tanah Malaya 166 kerusi Parlimen utk dibahagikan kpd Bersatu, Pas, Umno, MCA, MIC, Gerakan dan PPP.


Kita tolak 30 Parlimen diberikan kpd MCA, MIC, Gerakan dan PPP. Jadi yg tinggal hanya 136 Parlimen utk dikongsi oleh 3 parti dominan Melayu ini. Tinggal 45 kerusi utk satu parti. Ia mungkin cukup utk PAS dan Bersatu tetapi tidak utk UMNO.


Dari sebuah parti yg bertanding lebih 100 kerusi Parlimen dan kini hanya mahu diberikan 45 sahaja....adalah sgt mustahil UMNO akn bersetuju. Apatah lagi bukan semua kawasan mereka boleh menang. Barangkali UMNO nanti hanya mampu menang 30 kerusi Parlimen sahaja.


Mungkin pimpinan UMNO terpaksa bersetuju utk berkerjasama dgn Bersatu atas faktor 'file' mereka di atas meja.... tetapi bagaimana penerimaan ahli di Bahagian dan Cawangan? Atas faktor itulah saya katakan PRU15 ini bukan sahaja PH bercelaru tetapi PN dan BN lagi bercelaru.Barangkali mungkin PRU15 nanti masing2 boleh jadi King Maker.


Isu PH ini sebenarnya tidak complicated sgt seperti PN/BN. BN soal pembahagian kerusi dan kuasa. PH hanya kerana Amanah mahu berurusan dgn Mahathir... isu kecil tapi sukar utk Amanah lakukan... kenapa entah lah.


* Gambar berbicara... gambar seolah menceritakan betapa gembira dua individu ini...ketawa girang keduanya apabila percaturan Tuan Penasihat kpd Muhyiddin terus berjaya melemahkan UMNO dan PH.



No comments: