“BERSATU MEMANG PARTI YANG BANGGA CIPTA SEJARAH”

 Muhyiddin bangga, dia mencipta sejarah kerana berjaya menumbangkan parti UMNO sebagai parti besar dan lama.

Ketua Armada Wan Ahmad Fayhsal pula bangga PPBM mencipta sejarah kerana memiliki dua PM walau pun umur baru setahun jagung.

Sebenarnya banyak lagi sejarah ciptaan PPBM. Antaranya, menang satu kerusi di Perak tetapi MB dilantik dari PPBM. Menang 13 kerusi tetapi jawatan PM mereka punya.

Justeru PPBM parti yang bangga mencipta sejarah

Tetapi banyak lagi sejarah lain yang PPBM cipta. Cuma mereka malu untuk berbangga. Antaranya PPBM satu satunya parti penguasa yang didokong oleh majoriti MP katak.

Perdana Menteri PPBM juga mencipta sejarah kerana kali pertama nasihat Perdana Menteri (kes darurat) di bawah Perkara 40 kepada YDP Agung tidak laku dan tidak diguna pakai.

Di Johor, dua Menteri Besar dari PPBM paling singkat pegang jawatan dalam tempoh tidak sampai tiga tahun.

Apakah kerajaan dokongan PPBM akan tumbang kali ke 2 sebelum tamat tempoh sepenggal memerintah?

Selamat memecah banyak rekod.

DR. PUAD ZARKASHI, AHLI MT UMNO. 30 NOV 2020



No comments: