BANGGA MENANG 105,107 UNDI.TAPI JANGAN LUPA MAJORITI MUDAH 112 UNDI

 

. Hari ini telah dibuat undi belah bahagian ( block voting) di Dewan Rakyat semasa pembentangan bajet JPM dan Kementerian Kewangan di peringkat Jawatankuasa.

2. Tahniah kepada Gomen Tebuk Atap yang KHIANAT kerana masih boleh “survived the ordeal”.

3. Masa undi bagi JPM, Gomen Tebuk Atap yang KHIANAT hanya dapat 105 undi. Itu pun selepas ada bantahan keras tentang masih ada YB di sebelah pihak depa yang masih boleh masuk Dewan selepas tempoh waktu untuk depa boleh masuk ke Dewan dah tamat. By right , selepas itu jika ada YB yg undi, undi dikira tak sah dan tidak boleh dikira.

Dan ada bantahan juga kepada Speaker kenapa pintu dewan tak ditutup selepas loceng berhenti minta para MP masuk dewan untuk mengundi telah dihentikan.

Ada YB PH bangkitkan isu ini ” masa bahas bajet ada had masa, tapi bila tiba mengundi, tak mahu pula ikut masa !” ..WIN!

4. Ya, dalam kedua-dua bajet tadi, depa menang lah.

Masa JPM depa dapat 105 undi dan masa MOF , depa dapat tambahan 2 undi setelah masa dilanjutkan dua kali- mula-mula dari pukul 3pm hingga pukul 4pm. Lepas tu dari

pukul 4pm hingga selesai. Itu pun hanya mampu tambah 2 undi dari 105 kepada 107.

5. Ya, depa bangga kata depa memang 2-0 hari ini. Tapi depa lupa simple majoriti untuk Dewan Rakyat adalah 112 undi!

Anyway, jangan risau mungkin ada 25 kali lagi proses mengundi boleh berlaku.

Relax and enjoy. Jangan gundah gulana!

MOHAMAD HANIPA MAIDIN, AHLI PARLIMEN SEPANG, SELANGOR.