SUDAH SAMPAI MASANYA PKR BERSENDIRIAN

 

By

NORMAN RADZUANImage may contain: 2 people, crowd

 

Syukurlah jika Anwar lepaskan jawatan Ketua Pembangkang

SUDAH SAMPAI MASANYA PKR BERSENDIRIAN

Saya sangat bersetuju jika benar DS Anwar Ibrahim ingin meletakkan jawatan sebagai Ketua Pembangkang dan Pengerusi PH. Ia adalah baik untuk rakyat dan PKR sendiri. PKR kena move on segera.

1. Ia lebih memudahkan PKR parti pelbagai kaum ini membawa hala tujunya tanpa gangguan-gangguan yang merimaskan. Jika PKR terus bersama PH yang ada Amanah di dlmnya ia hanya menyukarkan agenda PH dibuat. Lagipunnl PKR adalah parti yang disertai pelbagai kaum di seluruh Malaysia.

2. 8 bulan PH dilemahkan oleh Mahathir apabila dari pemimpin hingga penyokong PKR dan Amanah sering bercakaran. Masa terbuang begitu sahaja akhirnya fokus untuk menumbangkang kerajaan kleptokrasi. Gangguan Mahathir bukan sahaja menghancurkan harapan rakyat dan PH tetapi PKR sendiri.

3. PKR fokus kepada negeri Melaka, N9, Selangor dan PP serta beberapa Parlimen di Johor, Kedah dan Perak. Manakala DUN yang mempunyai 30-60% Melayu di pantai barat wajar PKR bertanding.

4. Elakkan pertembungan kerusi bersama DAP walaupun tidak bersama lagi di dlm PH. Kerusi yang ditandingi DAP biarkan parti itu bertanding semula. Walaupun tiada lagi kerjasama di dalam PH tetapi ia lebih memudahkan tugas PKR menyakinkan rakyat terutama orang Melayu. Biarlah selepas PRU15 nanti perbincangan antara parti-parti yang ada akan membentuk kerajaan.

5. Kumpulkan kembali pejuang-pejuang yang mahu kembali bersama PKR dan wira-wira baru yang mahu bersama PKR dalam pembinaan semula parti ini. Abaikan mulut penyokong yang hanya mahu mengikut kemahuan mereka siapa pemimpin yang boleh menyertai parti ini.

6. Rafizi, Husam Musa, Saari Sungib, Ezam, Nurul Izzah, Siti Aishah, Fahmi, Saifuddin Nasution, Fuziah Saleh, Akmal, Iswardy, Syamsul Iskandar, Nik Nazmi, Wong Chan dan ramai lagi mesti dikumpulkan sebagai pemidato-pemidato membantu DS Anwar Ibrahim dalam kempen PKR untuk PRU 15 nanti. Ini bukan masa kita bercerita kisah-kisah silam lagi dia pengkhianat dan sebagainya.

7. Masa sudah terlalu suntuk. PKR mesti bina semula kekuatan baru secara sendirian. Jangan lupa jalinkan hubungan baik dengan Reformis 98 dan Blogger-bloggers yang ada. PKR kena guna segala senjata yang ada untuk membentuk pasukan yang jitu bila secara sendirian.

Jika ia berlaku akan memberi kelebihan yang besar kepada PKR. Lebih dari itu fokus terutama penulis blogger, penulis dan penyokong PKR boleh fokus kepada isu yang asas iaitu menumbangkan kerajaan PN tanpa gangguan Mahathir dan Amanah yang boleh dianggap dalam daging di dalam PH.

8. PKR wajib mengambil kawasan-kawasan seperti Titiwangsa, Kota Raja, Shah Alam, Sepang dan beberapa Parlimen lagi kerana itu adalah kubu kuat PKR. Jangan kecewakan ahli PKR di kawasan tersebut.

9. Biarlah Amanah bersama Mahathir. Amanah parti besar sebab itulah mereka tidak lagi menghormati DS Anwar. Bagi mereka Mahathir jauh lebih berpengaruh dan mampu membawa perubahan untuk masa depan rakyat. Hormati sahaja pendiran Amanah tersebut dan tidak perlu lagi penyokong-penyokong PKR melayani karenah pemimpin dan ahli-ahli Amanah lagi.

10. Jika ia berlaku dalam tempoh beberapa bulan PKR akan menerima puluhan ribu keahlian. Cukup sekadar PKR fokus dengan idealisma Reformasi perubahan untuk rakyat Malaysia.

Bagi saya walaupun tidak berparti saya menyokong penuh jika DS Anwar mengambil keputusan meletak jawatan sebagai Pengerusi PH dan Ketua Pembangkang. Saya yakin rakyat ramai rakyat akn bersama DS atas segala pengorbanan yang DS lakukan selama ini telah banyak merubah pemikiran orang Melayu yang taksub dan diperbodohkan oleh parti UMNO.

 

No comments: