ADA NANGOI DALAM AMANAH MAHU PARTI KELUAR DARI PH.KEH..KEH..


 *KUKUHKAN KERJASAMA, TAMBAHKAN KAWAN: INILAH SIKAP SAYA.*


1. Apabila YBM Tengku Razaleigh Hamzah dan kumpulannya menubuhkan Parti Melayu Semangat 46 (PMS46) dan ingin bekerjasama dengan PAS, pada peringkat awalnya, saya agak sukar menerima kerjasama tersebut. Saya lebih cenderung bekerjasama dengan Parti Islah. Tetapi apabila Parti membuat keputusan untuk bekerjasama dengan PMS46, maka saya mendokong keputusan parti dan bekerja keras termasuk berceramah ke seluruh negara sepentas dengan pemimpin PMS46 termasuk Tengku Razaleigh sendiri. Pada tahun 1999, apabila Pas hendak bekerjasama dengan Parti Keadilan Nasional dalam Barisan Alternatif (BA), saya tidak bermasalah kerana yang memimpin Keadilan adalah mereka yang pernah terlibat di dalam gerakan gerakan belia termasuk ABIM, tokoh tokoh akedemik dan gerakan sivil serta vateran veteran politik tanah air yang sangat kita kenali. 


2. Ketika berlawan dengan Barisan Nasional (BN) yang dipimpin Tun Dr Mahathir Mohamad, kita lawan bersungguh sungguh sehingga ditahan ISA sebanyak dua kali 1984-1986 dan 1987-1989. Pelbagai kata dan hentaman telah saya tujukan kepada Tun Mahathir dalam ucapan ucapan ketika melawan BN dan Tun Mahathir Ketika itu. Tetapi apabila beliau menubuhkan Gerakan Selamatkan Malaysia dan seterusnya menubuhkan Parti Bersatu untuk melawan kerajaan BN pimpinan Najib Razak, serta menghulurkan tangan untuk bekerjasama, maka kita terus bekerjasama dan bergabung di bawah Pakatan Harapan. Kerja keras yang kita lakukan telah berjaya di dalam pilihanraya yang lalu dan mengambil alih kerajaan pada Mei 2018. 


3. Apabila kita bergabung, untuk berpisah adalah sukar. Kita sentiasa mencari titik persamaan dan melupakan perbezaan silam dan ianya membuahkan kejayaan. Begitu jugalah halnya apabila kita bekerjasama dengan PKR pimpinan Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Di dalam kerjasama ini, setiap orang ada kelebihan dan kelemahan. Tetapi apabila kita sudah bergabung amat sukar untuk berpisah disebabkan lamanya perhubungan sesama kita dan kesamaan titik perjuangan. 


4. Hal yang sama berlaku dalam perhubungan dengan Tun Dr Mahathir. Apabila ada suara menasihatkan saya untuk meninggalkan Tun Dr Mahathir dan menghentam beliau, saya katakan tidak. Kita telah bekerjasama dengan beliau, sama sama sepentas melawan kerajaan Kleptokrat yang sangat berkuasa, mengenali diantara satu sama lain, masakan saya hendak memaki hamun beliau. Begitu jugalah di dalam Pakatan Harapan  yang menggabungkan tiga parti iaitu Amanah, DAP dan PKR. Hubungan kita dalam Pakatan Harapan khususnya dengan Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah hubungan yang lama sejak 20 tahun yang lalu sama sama bersusah payah dalam perjuangan yang sama. Ianya mesti dipertahankan, disebalik semua pihak mempunyai kelemahan masing masing yang boleh diperbaiki. Yang lebih utama bagi kita adalah kesatuan dan persahabatan. Dalam masa yang sama kita sentiasa mencari jalan memperbanyakkan kawan dan mengurangkan lawan. Inilah sikap saya.


*Mohamad Sabu*

Presiden 

Parti Amanah Negara


28 November 2020