43 mins ·
TERKENANG SEMASA DULU
HATI KU TERASA PILU...
Tanggal 22 Nov 1997...aku di tangkap bawah Ordinan dharurat
,oleh D7 Bukit Aman yang di ketuai oleh DSP Arit
Aku di gari di dan di bawa ke Balai Polis Sentol,dari sana aku
di tutup mata dan di bawa ke PRC tahanan tempuh 60 hari bilik azab,bilik dera
,bilik besi ,soal desak untuk melumpuhkan fizikal dan mental supaya tahanan
mengaku apa sahaja soalan yang di ajukan atau di fitnahkan
Semasa aku di tangkap ,di tangan aku ada surat untuk jumpa Dr
Pakar bagi rawatan susulan kerana aku telah melalui cuti sakit melebihi 3 bulan
berturut turut
Dalam bilik PRC yang menggerunkan...siang nya terdengar suara
jeritan meraung raung tahanan lain yang menjerit kesakitan kerana penderaan
soal siasat...
Jika kesakitan orang lain pun aku boleh merasakan keperitan nya
,bagaimana pula pada diri sendiri??? Ahhh tak perlu aku ceritakan ...malam yang
pekat akan terdengar suara suara yang menyeramkan...almaklum lah tempat tahanan
zaman British di gunakan untuk soal siasat pengganas kominis
Tetapi di situ lah aku di sumbat pada ketika aku sepatut nya di
rawat di hospital kerajaan kelas 1...ahh aku bukan bercakap pasal starus
darjat...tapi soal PENCABULAN HAK ASASI pada seorang pegawai polis yang di
wartakan. .
Kalau lah aku seorang oegawai polis boleh di kenakan kezaliman
sebegitu hanya dengan PETIK ,bagaimana dengan orang awam???
Di luar sana ,isteri aku sedang sarat mengandung anak yang ketiga
( Syahzananie Balqish) ...Mohd Syabbeer Syah baru berusia 4 tahun dan Muhammad
Syaheen Syah baru usia 2 tahun
Antara kaedah soal desak untuk memaksa aku mengaku pada jenayah
yang aku tak pernah lakukan ia lah..." Kalau kau degil,kau akan di hantar
ke Spg Renggam...mati lah kau ...kat sana banduan banduan akan lanyak kau...kat
luar bini kau kena itu dan ini ( tak gamak aku nak sebut kata kata lucah
sebegitu yang jadi zikir mereka)
Suatu ketika aku minta pada team soak siasat ...Tuan boleh kah
saya dapatkan naskah Quran dalam bilik tahanan"
Jawapan nya kalau tahanan PRC dapat apa apa bahan bacaan...maka
gagal lah kaedah mereka dalam proses turn over untuk lumpuhkan minda...MENTAL
TOTURE yang amat azab...serasa hendak hantuk kepala ke pintu besi...tetapi zikir
dan ayat quran yang di hafal jadi penawar diri
Di Spg Renggam ...selepas jumpa Lembaga Penasihat Menteri Dalam
Negeri yang tidak berfungsi untuk mendengar dan memberi keadilan pada mangsa
kezaliman..ujud nya hanya sebagai syarat konon nya proses keadilan telah di
beri
Mantan Penolong Pengarah D7 Bukit Aman ACP Jamaludin datang
menyusul ...tujuan nya hanya untuk mendesak aku supaya mengaku salah satu dari
dua (2) pertuduhan EO ...kenapa?? Sebab PRC tahanan tempuh 60 hari telah gagal
mendapat kan pengakuan aku
Tetapi di sebab kan Timb Menteri Dalam Negeri hanya terima pakai
fitnah dari mantan KPN dengan 6 versi KPN yang di beri oleh mantan KP Johor
yang punyai dendam peribadi pada aku ...maka aku di sumbat juga di Spg Remggam
3 tahun tahanan tanpa bicara
Jawapan aku pada ACP Jamaludin" biar saya mati mereput
dalam penjara ini,dari mengaku merompak pada jenayah yang saya tidak pernah
lakukan"
Massaalah D7 sekarang...aku di sumbat ke Spg Renggam hanya
dengan cerita fitnah 5 saksi hantu...untuk kenakan tindakan buang kerja pada
saksi hantu yang pada masa itu di tahan kerja...mereka hanya tunggu pengakuan
aku semasa tahanan PRC 60 hari...tetapi gagal
ACP Jamaludin pun gagal memaksa aku mengaku dan memberi amaran
aku aku akan di sambung lagi 2 tahun selepas 2 tahun pertama...aku di tuduh nya
KEPALA BATU kerana tidak ikut kehendak KEPALA KONSPIRASI
Usha seterus nya ia lah dari Pegawai tatatertip IPK Johor
selepas 4 bulan aku di Spg Renggam...statement 112 aku di ambil untuk kelima
lima saksi hantu yang di tahan kerja...beliau minta aku mengaku sahaja,sebab
aku sudah pun di masukkan ke Spg Renggam angkara fitnah 5 saksi hantu...maka
jika aku mengaku..kelima lima sajsi hantu boleh di buang kerja...mereka mahu
aku pun JADI HANTU mcm mereka
Maka aku lalui kezaliman tersebut dengan aku seorang di
mangsakan ,sedangkan angguta dan pegawai yang bengkuk terlepas dari semua
tindakan jenayah mereka dan menikmati macam macam dalam pasukan
Insya Allah jika ada keizinan aku akan buat LIVE masa yang
sesuai
# Page Dari D9
Ke Tahanan Tanpa Bicara