RANJAU DAN DURI MENANTI DIHADAPAN..PERINGATAN BUAT PH

 

Tinggal 2 hari ja lagi pengundian bajet, apakah ianya lulus atau tidak. Kami tidak mahu layan situasi sdra Ku Li dalam surat edaranya yang kalian telah maklum. Hanya bermuka sana sini untuk memperlihatkan seperti sedikit bertanggungjawab tapi akhirnya ketawa riang bersama tebuk atap.

Siri seterusnya di dewan, akan buat apa jua memendekkan masa dan sekatan para MP. Samada ahli parlimen berkejaran ke toilet ramai-ramai, di kunci pintu dari dalam, atau tiba-tiba ada hiruk pikuk depan dewan bagi mengizinkan kunci pintu... mudah jika kami kata, inilah tebuk atap.

Tapi ada beberapa perkara yang pimpinan PH terutama Sdra Anwar Ibrahim perlu ambil kira. Pertamanya sekiranya proses pengundian bajet itu berjaya di tolak, apakah proses dan tindakan seterusnya yang perlu kalian lakukan. Laluan pemilihan PM baru @ terus ke PRU15 @ PH berjaya mengambil langkah pentadbiran semula. Likunya masih ada...di tatkala sang kuning itu sengaja memperlewatkan segalanya.

Kenapa & mengapa Malaysia ini begitu rosaknya dari pucuk ataih hingga ke akarnya begitu dasyat sama sekali.

Jawapannya: Duit, projek & kekayaan. Dari sebesar atas nun di sana hingga ahli politik bawahan mengejar punca yang sama.

Ya, PH juga dah buat kesilapan semasa memerintah. Dari seorang yang cuba di beri peluang, tapi agenda dendam lumatnya tidak membatasi batu nesan yang semakin menghampiri.

Hanya dua hari ja lagi... saban kita berusaha, dia dan barisan tebuk atapnya juga berpencak silat untuk menggagalkan. Masakan tidak, esoknya bajet... malam sebelumnya di wawancara oleh Awani. Berpuluh tahun dahulu, jika ada hal besar yang akan berlaku...dia akan keluar sehari @ dua hari sebelumnya. Dan langkah sheraton pun begitu juga yang telah terbukti pada rakaman audio.

Umno baru itu setiap hari meeting. Jawapan nadanya sokong PN...sokong Muhyiddin. Esok gaduh lagi, meeting dan ulang balik hal sama. Isu surat Ku Li ini pun hanya gimik murahan semata. Kami sendiri malas nk percaya permainan sebegini. Jika dirinya benar-benar serius, buleh saja hadir diri dalam sesi undian bajet menyatakan secara keras TOLAK... sebaliknya ia hanya propaganda gimik.

Jadi apa yang penting sekarang buat PH ialah senada & kukuh bersama menolak! Pada masa sama, usah leka dan perhalusi apa yang pertama sekali perlu di buat sekiranya bajet itu berjaya di tolak. Kemudian apa rancangan seterusnya...

Serangan @ perang mulut bawahan antara Amanah, Keadilan & DAP ini dah mula surut. Kalian telah pun ada majlis presiden... agenda perlu mula di sana. Pimpinan sila ambil berat penekanan ini.

Dan kami rasa perlu untuk memperingatkan kepada Amanah, di dalamnya kini sudah mempunyai kartel. Keadilan itu juga pernah berada dalam posisi yang sama ketika beberapa tahun dahulu. Sebagaimana masalah yang Keadilan itu pernah tempuhi... parti Amanah juga tidak perlu ambil mudah warga kartel yang telah berada di dalamnya.

Dan juga kepada DAP... dalam sehari dua ini "SILA JAGA PERANGAI & MULUT". Usah terlalu galak sangat nak bercakap, PH perlukan setiap seorang dari kalian pada Khamis ini.

Hal ekonomi, cipta projek untuk kantung menteri melalui projek cctv...selenggara talian optik internet dasar laut, juga beberapa wajah Bersatu yang berada dalam parti umno baru itu kita perhalusi pada nukilan yang lain.

Nukilan ini lebih kepada memperingatkan pimpinan agar bersedia dengan pelbagai rancangan rapi sekiranya isu tolak bajet ini berjaya. Usah memandang enteng pihak lawan. Nada denyut umno itu walaupun nampak agak mempersonakan, sebenarnya semua tindakan mereka hanyalah cuba dapatkan PRU15 melalui sesi tolak bajet juga melalui VoNC.

Sekian untuk kali ini.

Yang berkarya:

Gino Marvela aka Gin Marvel.

#tolakbajet

#pasberg