Pas macam sesumpah, asyik tukar dalil?
Via WhatsApp
Masa Muhyiddin kata nak darurat dulu, PAS yang paling kuat menyokong darurat. Pelbagai dalil dikeluarkan untuk menyokong darurat siap keluar hadith zaman Nabi, zaman Khilafah juga ada darurat. Pendek kata, darurat adalah keputusan paling tepatlah mengikut ‘dalil agama’ diorang.
Bila Agong tak setuju darurat, PAS dengan tak malunya berpusing 180 darjah. Sanggup puji Agong pula kononnya membuat keputusan tepat untuk rakyat dan negara bla bla bla, macam puak dia pula yang selama ini menolak darurat.
Allahu… Hikpokrit sungguh puak PAS, kan?
Kali ini Muhyiddin tak setuju pengeluaran RM10K KWSP dan seperti biasa PAS ialah pihak yang pertama menyokong keputusan Muhyiddin. Siap keluar pelbagai dalil untuk menghalang rakyat keluarkan wang simpanan mereka sendiri, sampaikan puak PAS ni sanggup guna kisah Nabi Yusof yang berjimat harta negara untuk menghadapi musim kemarau.
Memang gila puak PAS ni…
Dan dalam perkembangan sehari dua ni, rakyat dah mula hilang sabar terhadap PN, apatah lagi setelah Menteri Kewangan PN buat satu post perbandingan pengeluaran EPF di Australia. Post tu mendapat kecaman bersepadu dari rakyat Malaysia sehinggakan post tu terpaksa dipadam kerana tak tahan dikecam. Terbaiklah rakyat Malaysia.
Dan UMNO pula sudah letak syarat ultimatum kepada Muhyiddin, jika masih tak benarkan rakyat keluarkan RM 10K dan moratarium automatik, maka UMNO tidak akan sokong Bajet Muhyiddin. Dari sudut populis, UMNO dilihat hero rakyat pada hari ini.
Bagaimana dengan PAS? Sudah mula dikecam penyokong sendiri. Bayangkan dalam keadaan pandemik ini puak PAS sanggup naikkan gaji ADUN mereka secara backdated, setiap ekor ADUN PAS bakal dapat RM 30K hingga RM 50I.
Tapi bila rakyat mahu keluarkan duit diorang sendiri, puak PAS halang mereka pula dengan pelbagai alasan saham jatuh la, duit KWSP habis la, sengkek sangat ke sampai kena korek tabung hari tua dan sebagainya. Rakyat memang makin meluat dengan PAS sekarang.
Kalaulah tiba-tiba Muhyiddin u-turn ubah keputusan benarkan pengeluaran KWSP, korang agak-agak dalil kisah Nabi mana pula yang akan puak PAS guna?