HAMDAN TAHA
Satu dunia manusia sedang berdepan dengan kesusahan tidak terkecuali kita juga. Kejatuhan ekonomi dan serangan wabak convid tidak di ketahui oleh kita bila kah akan berakhir...
Sebenarnya satu dunia baru berdepan dengan masalah ini sekitar 8 bulan sahaja. Tetapi kesan dari 8 bulan itu sangat terkesan kepada jutaan manusia termasuk lah saya dan kita di malaysia...
Bagaimanakah untuk kita berdepan dengan tempoh yang lama....katakan lah kita terpaksa menempuh lagi 12 bulan atau barangkali 24 bulan lagi....apa akan jadi pada kita semua....terutama kepada golongan yang hilang pendapatan secara total....bagaimana untuk teruskan perjuangan kehidupan...
Berdepan dengan tidak ada langsung sumber pendapatan dan pekerjaan. Hutang meningkat dan keperluan seharian sudah tidak mampu di sediakan termasuk tempat tinggal dan kenderaan telah di tarik oleh pihak bank....apa akan jadi....
Nampaknya baru 8 bulan rakyat telah mendesak benarkan kami keluarkan simpanan kami di KWSP itu tuntutan bukan semua tetapi sebahagian rakyat. Kerajaan dan KWSP jadi serba salah kerana kewangan KWSP jika di benarkan keluar maka mereka pun tidak mempunyai tunai yang mencukupi untuk menampung kehendak pencarum....maka kerajaan tidak dapat membenarkan perkara ini berlaku.....kerana KWSP pun musnah jika perkara ini di benarkan....
Bagi pencarum pula akan mempertikaikan keputusan itu kerana kami betul betul susah dan bakal sensara....itu lah hujah pencarum....hari ini manusia tidak bersedia untuk susah kembali seperti di tahun 50 ke 80 an nampaknya. Kita semua telah di berikan kemewahan olah Allah swt agak lama....generasi baru langsung tidak tahu erti kesusahan....bukan mudah untuk membentuk minda dan persepsi baru kepada generasi baru....bukan mudah...
Jika ekonomi....politik dan wabak masih tidak dapat di pulihkan selama dua ke lima tahun mendatang saya tidak dapat bayangkan apa akan terjadi....tidak dapat saya fikirkan keadaan masa itu....rakyat masa itu barangkali bergelut untuk terus hidup dan sekadar mencari makanan seharian sebagaimana tahun 50 an ke awal 80 an....
Apakah itu akan kembali lagi....teringat masa saya kecil tugas mak dan ayah ialah sekadar mencari rezeki untuk seadanya saja itu pun berkait dengan sumber makanan harian sahaja...tempat tinggal ada di kampung kampun...pekerjaan juga tak ada kecuali bekerja sendiri dan ambil upah untuk gaji harian....tapi mampu bertahan dan tidak ada mengeluh oleh mereka dan anak anak mereka....
Tapi jika itu berlaku sekarang....tak tahu lah nak kata....fikir kan lah...