Analisis Politik terkini: (Part 4).

 

Salam,


Benarkah ada usaha-usaha untuk mempercepatkan kes-kes Mahkamah terhadap Zahid?. Jika bebar, kita tahu bahawa usaha-usaha itu hanya bermaksud...untuk 'memenjarakan' zahid dari terus terlibat dari arus politik Malaysia dan usaha itu juga di gunakan untuk menjatuhkan Zahid dari jawatan Presiden Parti?. Maklumat yang di terima, semua plot rancangan ini, datangnya dari akal jahat Ajmin dan Hamzoh.

Tidak cukup dengan itu, di fahamkan Yiddin telah turut 'mengarahkan' DS Aris Yatim mengumpul barisan peguam untuk membantah keputusan Istana Negara yang gagal mengisytiharkan DARURAT. Kenapa camtu sekali?. Pendokong Melayu ker yang berfikiran begini?.

Nampaknya, Yiddin masih berterusan 'memainkan' isu-isu Politik?. Sanggup Mereka menderhaka di atas segala titah Istana.? . Janganlah nak berbohong jika di katakan bahawa Yiddin tidak mengetahui apa-apa rancangan yang Ajmin dan Hamzoh sedang lakukan. Yiddin tahu semua itu dan dia hanya buat-buat tidak tahu.

Mungkin ada orang-orang UMNO yang tidak bersetuju atau tidak bersependapat dengan apa jua tindakan/keputusan yang pernah di buat oleh Zahid tetapi itu tidaklah sampai mereka perlu bersetuju serta menghalalkan tindakan Yiddin, Ajmin dan Hamzoh menyalahgunakan kuasa serta mencampuri urusan atau kuasa-kuasa Istana dan Kehakiman.

Cerita politik di antara PPBM dan UMNO Kini semakin panas, rumit dan tegang. Nampaknya...'Presiden UMNO' dan 'Timbalan Presiden UMNO' yang sebenarnya adalah Yiddin dan Ajmin. Mereka berdua berjaya menguasai Parti yg dulunya pernah mendominasi negara. Namun kini UMNO terpaksa MENYERAH kepada parti kerdil, kecil dan lemah sebenarnya. Pertanyaan, di mana perginya suara-suara garang para pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli akar umbi UMNO?. Berserah atau sudah mula menyerah?. Atau..mereka SENGAJA menyokong tindakan Yiddin dan Ajmin demi 'melupuskan' Zahid?.

Yiddin turut berjaya mempengaruhi Hadi dan PAS. Sehingga hari ini pun..PAS tidak memberikan apa-apa statement atau apa-apa suara sokongan mereka terhadap Zahid dan UMNO. Nampaknya, PAS hanya cuba menumpang tuah Yiddin dan PPBM. Namun yang pasti, PAS akan kecundang dan akan terjun beramai-ramai ke dalam kawah najis yang panas lagi menjijikkan. UMNO kini dah pun tahu perangai Hadi. PKR dan DAP pun sudah mengetahui dahulu lagi bagaimana lalangnya dan jahatnya PAS dan Hadi ini.

Politik 'gampang' dan 'bangang' ini memang tak pernah kenal erti persahabatan, tidak kenal apa itu kawan, bangsa dan rakan seagama. Tapi, kerakusan dan kejahatan yang melampau-lampau seperti yang di lakukan oleh Yiddin, Hadi, Ajmin dan Hamzoh... pasti akan ada masa/tempoh tamatnya. Apalah sangat parti PPBM ini jika hendak di bandingkan dengan parti-parti besar lain seperti UMNO, PKR, dan DAP..kan?.

Yiddin ingat, hanya dia sahaja ker yang ada penasihat (Ajmin)?. Dia ingat, dia jer ker yang ada gunakan BOMOH @ Pak Kiyai?.

Maka, inilah masanya untuk orang UMNO menghentikan rentak tari Yiddin, Ajmin dan PPBM. Jika hari ini ini Yiddin sedang tarikan tarian zapin...mungkin esok rakyat dan pendokong-pendokong UMNO akan turun dengan menarikan tarian inang dan tarian piring. Siapa tahu..kan?. Yiddin dan Ajmin ingat Wak Zahid ni kecik-kecik anak ker ?. Saya tanya jer nih dan ada bantahan tak?

Tq.

Yang ikhlas, jujur dan benar,

Mohd Asri Bakar.