Analisis perkembangan Politik masa kini dan untuk hari ini.28.10.2010

 

Salam.

Analisis perkembangan Politik masa kini dan untuk hari ini.

Ku Li..sekaraang dah jadi geng dah semula ngan Che Det. Zahid pulak, masih nak bersama ngan Najib. Tok Mat Hassan jadi geng ngan Annuar Musa.

Che Det dah tak bersama UMNO dan ianya menjadi masalah utama kepada Ku Li untuk bersuara. Najib pula, dia masih di hormati oleh MT UMNO malah Zahid sendiri adalah Presiden UMNO. Nampaknya, sokongan MT boleh memihak kepada kedua-dua mereka.

Tok Mat dah u-turn dan sokong Yiddin sebab dia di katakan bakal di lantik sebagai Senator dan akan menjadi Timbalan PM. Annuar Musa bukan sape-sape. Dia tak layak nak bersuara apa-apa pun.

Ismail Sabri dan Nazri Aziz juga kini dahì berlaga angin. Sorang sokong team Zahid n Najib manakala Ismail masih senang dengan gelaran Menteri kanan yang di berikan oleh Yiddin.

1. Zahid n Najib setuju bergabung dengan PH asalkan Azmin dan Hamzah Zainuddin tiada dalam kabinet. Mereka sokong Anwar jd PM dan tidak menolak untuk berbaik-baik dengan DAP.

2. Tok Mat dan Annuar mungkin seronok di perkuda-kudakan oleh Yiddin apatah lagi dengan tawaran kepada Tok Mat dgn jawatan baharu sebagai Timb PM. Tok Mat sebenarnya tak sesuai untuk bergandingan dengan Yiddin.

3. Ku Li tiba-tiba sahaja menjadi 'penyedap rasa' untuk memanaskan kem UMNO. Ku Li taknak PAS dan Yiddin. Mgkn Ku Li pun ingin merasa jawatan atau menjadi PM (pencen gaji penuh beb). Che Det hanya menjadi 'bara api' utk mencalonkan Ku Li ketika suara Che Det tidak mahu di dengari lagi oleh orang-orang UMNO.

Jika perkara di atas ini berterusan dan mereka (umno) terus bersengketa...Yiddin masih selamatlah adanya. Penasihat Yiddin iaitu Azmin berjaya membaca permainan ini dan telah berjaya mempergunakan @ mempengaruhi Hishamuddin Tun Hussein dan Rais Yatim utk menambah 'rempah ratus' dalam masalah-masalah yg UMNO hadapi sekarang.

'Lalang' dalam hal ini tentulah PAS. Mereka cuba menangguk di air yang keruh. Namun, mereka masih tidak pasti sebenarnya...siapa yang akan mengambil alih Putra Jaya selepas 2 November 2020 ini.

Jadi...Kita sudah nampak dgn terang tembelang Azmin dan PAS ini. Yang bodohnya adalah Yiddin.Tetapi sekarang kita dah boleh cakaplah...bahawa PN kini hanya tinggal nyawa-nyawa beruk manakala MN pada dasar, SUDAH PUPUS.

Tak percaya ker ni?. Maka percayalah dan ada bantahan tak? Tanya jer ni.

Tq.

Yg ikhlas, jujur dan benar.

Mohd Asri Bakar.