Salam.
Zahid nampaknya seperti U-turn lagi apabila telah memaklumkan
bahawa "semua Menteri-Menteri Kabinet dari UMNO akan terus kekal bersama
KERAJAAN PN".
Senario terbaharu itu, agak memeningkan ahli-ahli UMNO yang mula
cuak dengan permainan halus ini. Tapi, di kalangan ahli-ahli UMNO, ada yang
tidak mengetahui bahawa tindakan itu di buat setelah Yiddin di beri
'peringatan' dan 'ketetapan' supaya Yiddin 'TIDAK LAGI MENGGANGGU RUMAHTANGGA
UMNO'.
Kenyataan Zahid itu di lihat sebagai AMARAN yang keras kepada
Yiddin samada dia TERPAKSA menuruti segala kehendak-kehendak UMNO ataupun dia
(Yiddin) akan hilang jawatan PM.
Namun, suara-suara ahli-ahli UMNO tetap sama iaitu mereka tetap
mahukan Yiddin turun dan Azmin perlu di keluarkan dari senarai Menteri Kabinet
yang ada sekarang. Antara tuntutan Zahid dan UMNO adalah:
1. Yiddin perlu melantik TPM dari MP UMNO. Zahid telah
menyenaraikan 3 nama iaitu Timb. Presidennya Tok Mat Hassan, Hishamuddin dan
Ismail Sabri.
2. Merombak Kabinet dan mengecilkan jumlah Menteri-Menteri
Kabinet.
3. Sebagai Presiden UMNO, suara Zahid sendiri perlu di hormati
dan di dengari untuk membuat sebarang keputusan terutama apabila membabitkan
MP-MP @ ADUN2 dari UMNO.
4. Pimpinan tertinggi PPBM jangan lagi mengeluarkan kenyataan2
yang biadap dan kurang hajar terhadap UMNO dan kepimpinannya.
6. Apa-apa keputusan yang hendak di buat/ di lakukan oleh Yiddin
MESTILAH melalui perbincangan bersama dengan Zahid dan UMNO.
Adakah syarat-syarat ini akan @ boleh di patuhi oleh Yiddin
terutama bila menyentuh isu Azmin, penasihat utamanya.
Adakah ahli-ahli dan penyokong2 PPBM bersedia menerima syarat2
tersebut yang di lihat menghina dan menjatuhkan maruah parti mereka?. Atau,
Inilah permulaanya PERBALAHAN yang lebih keras dan besar di
antara PPBM (yang di sokong oleh PAS) dan UMNO, yg kini terus di sokong oleh
GPS dan GRS?. Terlihat tanda-tanda akan berlaku percakaran paling besar dalam
tempoh 2-3 bulan ini.
Atau...ini hanyalah permainan Zahid dan UMNO terutama apabila
mereka sebulat suara berkata "kita (UMNO) akan menuntut PRU ke-15 dengan
lebih awal apabila covid-19 ini beransur reda dan terkawal".
Nampak...permainan belum tamat. Cuma, mereka masih menghormati
titah YDPA supaya ahli-ahli Politik 'berdiam diri seketika' dan mengutamakan
usaha membendung wabak covid 19. Untuk makluman, Saya hanyalah srorang
pengkritik dan bukannya ahli Politik.
Tq.
Ikhlas, jujur dan benar,
Mohd Asri Bakar.