Lebai tak faham antara jual tanah, jual saham
Zola
Bisinglah lebai kononnya ada tanah yang dijual murah, hanya RM4,500 sehektar. Kesian lebai. Jual tanah dengan jual saham pun sukar nak faham.
Contohnya begini.
Syarikat A memiliki 1000 hektar tanah. Harga tanah itu RM100 ribu sehektar. Nilai keseluruhan tanah itu ialah RM100 juta.
Tapi syarikat A ada hutang RM95 juta. Jika syarikat A jual semua tanah itu dengan nilai RM100 juta, dan bayar hutang RM95 juta, baki yang syarikat A dapat ialah RM5 juta.
Jadi syarikat A jual semua sahamnya dengan nilai RM5 juta, dan hutangnya dipindahkan kepada pembeli, syarikat A tetap dapat RM5 juta.
Sama seperti syarikat A jual tanah RM100 juta dan bayar hutang RM95 juta. Syarikat A tetap dapat RM5 juta.
Masalah lebai ialah, lebai anggap tanah 1000 hektar itu dijual dengan harga RM5 juta. Lebai pun bahagi RM5 juta dengan 1000 hektar, dapatlah RM5 ribu sehektar.
Tanah itu dijual bukan dijual RM5 juta, tapi tetap dijual dengan RM100 juta. Kalau aku yang bukan lebai pun faham, takkan lebai tak boleh faham?
Lebai faham ke? (Terima kasih kepada pembuat analogi ini Nasar Khan