1.GERAK98 merujuk kepada kenyataan beberapa pemimpin parti PH hari ini.
2.Kenyataan tersebut memberi indikasi keperluan menamakan calon PM selain Anwar Ibrahim dalam usaha mengembalikan mandat rakyat dalam PRU14.
3.Seperti yang kami telah nyatakan sejak akhir tahun lalu dalam jelajah reformasi (dan sekarang Gerak98), Mahathir mempunyai muslihat menidakkan Anwar menjadi PM lama sebelum langkah Sheraton.
4.Sejak episod Sheraton muslihat Mahathir dibuktikan benar dengan kenyataan ramai bekas orang2 kanan beliau yang mengesahkan kewujudan muslihat itu.Kenyataan2 mereka ini dijelaskan lagi dengan pendedahan audio, perlaksanaan kongres maruah melayu dll.
5.Malah banyak kenyataan Mahathir sendiri akhir2 ini menjelaskan usaha menghalang Anwar menjadi PM.Halangan ini semakin jelas motifnya ialah untuk menidakkan proses reformasi negara berlaku.
6.Mahathir samada secara sengaja atau tidak mendedahkan motif sebenar apabila menyatakan Anwar tidak layak menjadi PM kerana mengetuai sebuah parti berbilang kaum.Walhal anjakan politik berasas perkauman sempit kepada politik berasas prinsip keadilan,melawan rasuah tanpa kira kaum adalah tunjang kepada proses reformasi negara.
7.Makanya,amat jelas bahawa agenda Mahathir menghalang Anwar menjadi PM bukan sahaja membunuh politik Anwar,tetapi membunuh Reformasi.
8.Hari ini kelihatan beberapa pimpinan utama PH sudah terperangkap dengan muslihat Mahathir ini.Kesediaan mereka mengangkat tokoh selain Anwar menjadi PM bukan sahaja salah kepada Anwar, lebih penting ianya sikap yang salah kepada perjuangan reformasi yang menjadi tunjang PH.(Reformasi bukan tunjang Mahathir atau PH Plus)
9.Alasan keperluan mendapat balik kuasa dan mandat rakyat semata2 adalah amat dangkal.Apakah mereka tidak melihat kuasa 22bulan itu tidak punya makna malah menjahanamkan reformasi apabila kuasa itu (jawatan Perdana Menteri) diberikan kepada Mahathir yang anti kepada perjuangan reformasi?
10.Sebab itulah GERAK98 menegaskan berkali2 pentingnya calon PM adalah tokoh yang benar2 pro reform kerana ianya menentukan (crucial).Reformasi akan sekali lagi digagalkan sekiranya kita meletakkan pemimpin bukan kalangan tokoh reformasi.
11.GERAK98 sekali lagi menggesa setiap pemimpin PH meletakksn agenda reformasi sebagai kepentingan paling utama.Malah kepentingan reformasi mesti mengatasi kepentingan kuasa.
12.Setiap pejuang dan pemimpin reformasi tidak boleh kompromi soal ini walaupun atas nama mendapat balik kuasa.Kerajaan Reformasi mesti dipimpin oleh tokoh yang komited dengan reformasi.Tiada kompromi soal ini.
13.GERAK, ADIL, Barisan Alternatif ,Pakatan Rakyat dan hari ini Pakatan Harapan adalah lokomotif2 reformasi sejak tercetusnya ledakan rakyat pada tahun 1998.Tidak ada lokomotif lain dalam negara ini yang membawa agenda Reformasi.Ketua lokomotif ini mesti menjadi ketua kerajaan reformasi.
14.Pengalaman 22 bulan menyaksilan padahnya apabila perkara itu tidak berlaku.Lebih parah kita meletakkan Mahathir seorang anti reform menjadi ketuanya.Hakikatnya jelas.Mahathir lah arkitek utama yang menjahanamkan reformasi.Azmin Ali hanya alat pelaksana rencana jahat ini.(Sehingga hari ini Mahathir tidak pernah menghentam Azmin kerana Azmin adalah alat dan perkakas Mahathir)
15.GERAK98 tidak akan bersetuju dengan tokoh selain Anwar mengetuai kerajaan reformasi.Ianya bukan soal Anwar.Ianya soal Reformasi.
16.Reformasi adalah isu terpenting negara yg rosak ini.Kerana tanpa proses reformasi yang jujur dan bersungguh2, negara yang rosak ini akan menuju kecelaruan dan kehancuran.
17.Mari pertahan reformasi bersungguh2.Mari pastikan tokoh reformasi pimpin jentera dan kerajaan reformasi.Jangan sekali lagi kompromi soal ini.
Mohamad Ezam Mohd Nor
GERAK98
27 Julai 2020/ 6 Zulhijjah 1441H