Goldman Sachs pulang wang bukti 1MDB bukan rekaan PH
A Kadir Jasin
1. Dalam bahasa Melayu, Goldman Sachs dan Malaysia capai penyelesaian AS$ 3.9 billion (kira-kira RM 16.8 bilion) dengan syarat semua tuduhan ke atasnya digugurkan.
2. Tetapi persetujuan itu tidak mengubah tuduhan jenayah terhadap Jho Low dan pihak-pihak lain.
3. Goldman Sachs adalah bank pelaburan antarabangsa yang beribu pejabat di Amerika Syarikat yang digunakan oleh Mohd Najib Abdul Razak dan Jho Low dalam skandal 1MDB.
4. Dengan pembayaran ganti rugi ini, Goldman Sachs mengaku penglibatannya dalam skandal kewangan terbesar di dunia itu.
5. Goldman Sachs juga sedang berunding dengan Jabatan Kehakiman Amerika (DoJ) bagi membayar denda AS$ 2 bilion (RM 8.6 bilion) atas kesalahan 1MDB itu.
6. Tapi banyak lagi orang Melayu-Islam yang percaya Najib dan Jho Low adalah mangsa fitnah.