Ikut telunjuk Pas, Umno terima padah terpaksa berebut kerusi

Ikut telunjuk Pas, Umno terima padah terpaksa berebut kerusi

Ahli Parlimen Pasir Salah Tajuddin Abdul Rahman mendedahkan berlakunya perebutan kerusi antara Umno dan Pas di tempat-tempat tertentu.
Perebutan itu, katanya telah menimbulkan suasana yang tidak seronok antara Umno dan Pas seperti apa yang berlaku di dalam Muafakat Nasional.
Tajuddin berkata demikian ketika merasmikan program Umno Kedah Forum Wanita: Realiti dan Cabaran Politik Masa Kini yang disiarkan secara langsung di FB Badan Perhubungan Umno Kedah, 25 Julai baru-baru ini.
“Saya marah sebab saya ada hak marah saya bermati-matian untuk membangkitkan dan kita telah bersetuju bahawa kita bersedia untuk mengadakan PRU15 sebagai parti pembangkang.
“Kita telah janji dalam perhimpunan agung bahawa kita tidak akan masuk pintu belakang kita akan teruskan kedudukan kita sebagai parti pembangkang.
“Kita akan menang dalam PRU akan datang jelas hala tuju kita,” katanya.
Tetapi katanya selepas PRK Kimanis Umno sudah beralih arah tuju yang mengikut telunjuk menyatakan sokongan kepada Tun Mahathir.
Bahkan katanya, ramai pemimpin Umno memberi sokongan tetapi tidak mahu bercakap benar.
“Tapi apa jadi? Selepas PRK Kimanis kita dah beralih arah tuju, sokong! semua sokong, nak bercakap benar tak mahu,” katanya.
Beliau turut mempersoalkan apa keuntungan Muafakat Nasional menyokong Mahathir bahkan Pas menegaskan Mahathir seorang pemimpin yang layak menjadi Perdana Menteri hingga habis penggal.
“Apa untung kita mengikuti atau menyokong Mahathir, semua ajak sokong Mahathir
“Mahathir sorang pemimpin yang layak menjadi PM, biar dia jadi PM sehingga habis penggal. Siapa cakap? Pas cakap, Umno tak cakap.
“Jadi kita terpaksa ikut Pas, kita di bawah. Masuk Perikatan Nasional, saya tidak bersetuju dengan Perikatan Nasional daripada mula, saya cakap terus terang,” katanya.

No comments: