Isu GLC Kelantan patut balas isu jual anak syarikat TH
Oleh : Aman Muhammad
1) Salam semua. aku baru lepas kena banned 30 hari bermula 18/6 dan berakhir 18/7 yang lalu. Terima kasih kepada penyokong PAS dan pengikut page Dr Tanaka Mustafa Tanaka Mustafa kerana membuat report secara berjemaah. Bak kata omputeh, “never underestimate the power of penyembah ulamak jahat in large group”.
2) Kali ini aku ingin menulis mengenai kelemahan (baca ‘kebodohan’) media PH terutamanya Amanah yang seolah-olah tak reti langsung nak lawan fitnah dan pembohongan PAS mengenai isu penjualan aset ni, seolah-olah media PH terutamaya Amanah tak reti nak guna media sosial untuk sebarkan kebenaran.
3) Seriously aku nak tanya, berapa kerat pemimpin/penyokong Amanah, terutamanya Pemuda Amanah Kelantan baca Laporan Audit Negara negeri Kelantan 2018 Siri 1? Dalam laporan Audit Negara tersebut, jelas melaporkan kerajaan Negeri Kelantan telah menjual aset tanah milik PMBK Sawit secara diam-diam untuk bayar hutang dan selamatkan PMBK Sawit dari terus kerugian.
4) Bahkan lebih teruk lagi, sudahlah kerajaan PAS Kelantan jual aset PMBK Sawit senyap-senyap untuk bayar hutang, bahkan menjadi lebih gagal lagi apabila PMBK Sawit gagal diselamatkan sehingga terpaksa TUTUP dan BERHENTIKAN PEKERJA.
5) Jadi persoalan aku, kenapa PH terutamanya Amanah tidak highlightkan isu ini? Di saat PAS menyebar fitnah kebencian kononnya PH jual aset negara, sedangkan PAS sendiri secara diam-diam jual aset negeri untuk bayar hutang syarikat yang disebabkan oleh kelemahan pentadbiran mereka selama ini.
6) Kenapa PH terutamanya Amanah terlepas pandang mengenai perkara ini? Kenapa tidak buat perbezaan, “PH jual aset TH, TH berjaya diselamatkan. PAS jual aset PMBK Sawit, PMBK Sawit gagal diselamatkan sampai tutup dan rakyat hilang pekerjaan”? Perlukah aku ajar PH terutamanya Amanah camne nak serang PAS dengan bukti dan fakta?
7) Bahkan bukan sahaja Kerajaan PAS Kelantan, kerajaan PAS Terengganu lagi teruk sampai tutup terus 50+ anak syarikat negeri. Ambil contoh anak syarikat kerajaan Terengganu Chicken Cottage. Pada awal-awal bukan main Samsuri sembang nak selamatkan Chicken Cottage dengan slogan “peremajaan semula”, last-last tutup jugak Chicken Cottage tu, pekerja diberhentikan. Kenapa PH terutamanya Amanah berdiam diri tidak highlightkan isu ini?
8) Apa yang lagi menyedihkan, apakah PH terutamanya Amanah tahu, berapa banyak dah aset Khazanah dijual sejak PAS jadi kerajaan?
– April 2020, Khazanah jual aset dalam Tenaga Nasional.
– Mei 2020, Khazanah jual aset dalam MGRC
– Mei 2020, Khazanah jual aset dalam Telekom
– April 2020, Khazanah jual aset dalam Tenaga Nasional.
– Mei 2020, Khazanah jual aset dalam MGRC
– Mei 2020, Khazanah jual aset dalam Telekom
dan banyak lagi aset negara telah dan sedang dijual sejak PAS jadi kerajaan hari ini, apakah Amanah buta tak reti baca berita ekonomi kah?
9) Perlukah aku ajar satu persatu camne nak lawan fitnah dan kejahatan PAS kepada Amanah hari ini?
10) ni tak masuk lagi isu ruu355, aku melihat cara PH terutamanya Amanah handle isu ini sangat teruk dan bodoh. seolah-olah tak reti langsung nak dedahkan pembohongan PAS mengenai RUU355. Kalau macam ni level Amanah, jangan haraplah nak menang lawan PAS yang jahat tu. Apa korang ingat senang ke nak lawan puak ulamak jahat di akhir zaman ni?
Kesimpulan, jika begini berterusan level media PH terutamanya Amanah, jangan haraplah dapat kalahkan kejahatan PAS terutamanya di Kelantan. Ingatlah, kejahatan ulamak jahat PAS yang tersusun akan mengalahkan PH yang berterabur terutamanya Amanah walaupun berada di pihak yang benar.