DULU KITA SURUH SAJA.



1. Seperti yang telah kita tahu, jawapan dalam Parlimen oleh Kerajaan yang diwakili Timbalan Menteri daripada PAS berkenaan RUU 355 tidak seperti desakan keras semasa mereka jadi pembangkang.

2. Sekarang kita pula dapat dengar sendiri, Timbalan Presidennya kata agak panjang jalannya dan dulu desakan itu dibuat sebab hanya tahu suruh saja.

3. Seperkara lagi yang dapat kita tahu juga, semua yang PAS buat selama ini hanyalah sekadar suruh. Sebab takat itu sahaja PAS boleh buat sebagai pembangkang.

Malah katanya, semua kerja-kerja di sebalik suruhannya itu biar kerajaan yang fikir.

4. Ini mengesahkan yang PAS sebenarnya memang tak fikir pun satu-satu perkara tu secara mendalam. Apa yang terlintas nak dibuat, dia pekik dan desak.

5. Yang di bawah pula ikut saja. Jenuh kita terang dan jelaskan, tak mahu didengar. Sebab, pimpinannya cakap ini adalah apa yang ulama’ mereka dah bincang atas nama Syura Ulama’.

6. Inilah standard dan level PAS. Bukan nak rendah-rendahkan tapi ini perakuan langsung dari pimpinan mereka.

7. Semoga mereka yang ada dalam PAS atau di luar dapat menilai PAS ini bagaimana. Cukup emosi dan tindakan yang dibuat hanya untuk politik. Itu saja.

Dr Razam Ramli.