Keputusan PH terima atau tolak Shafie selepas mesyuarat Majlis Presiden
Keputusan PH sama ada menerima atau menolak pencaonan Presiden Warisan sebagai calon PM hanya akan diketahui selepas Jumaat ini
Menurut Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail sekretariat PH dijadual bermesyuarat pada Khamis ini bagi menetapkan tarikh mesyuarat majlis presiden yang menentukan hala tuju dasar gabungan itu.
Calon PM akan membawa tiga implikasi. Iaitu, pembangkang memerlukan seorang calon jika Perdana Menteri sekiranya Muhyiddin Yassin gagal mendapat sokongan majoriti dalam Dewan Rakyat dalam usul Undi Percaya ketika Dewan Rakyat 13 Julai ini.
Kedua, pembangkang juga perlu bersedia dengan kemungkinan pilihan raya mengejut apabila lebih ramai pemimpin Umno menggesa Muhyiddin untuk berbuat demikian.
Akhir sekali, calon perdana menteri akan memutuskan siapa yang akan duduk di bahagian kiri paling hampir dengan Speaker Dewan Rakyat, yang biasanya menjadi kerusi ketua pembangkang yang juga biasanya calon perdana menteri mereka.
Sejak akhir Mei, pembangkang yang telah mengadakan beberapa mesyuarat pimpinan tertinggi belum dapat dapat bersetuju antara Mahathir dan Anwar Ibrahim untuk menjadi calon perdana menteri.
Semalam Mahathir mengisytiharkan beliau tidak lagi merebut jawatan itu tetapi pada masa sama mendedahkan beliau telah bertemu secara tidak rasmi dengan pemimpin parti pembangkang, kecuali PKR, dan mereka setuju Shafie menjadi calon perdana menteri.
Bagaimanapun dalam satu kenyataan bersama, Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata cadangan itu masih perlu dibincangkan di peringkat parti masing-masing dan juga PH. PKR pula belum menyatakan pendirian rasmi berkenaan perkembangan itu