ADA PIHAK MAHU JAYAKAN POLITIK HELAH



Shafie Apdal adalah tokoh yang wajar kita hormati. Malah tak boleh dinafikan bahawa wakil dari borneo juga ada hak untuk memimpin persekutuan.

Cuma isunya sekarang ialah ada pihak sanggup menunggang segalanya untuk menjayakan helah politik.

Hanya semata-mata mahu menafikan peluang Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri.

Jika Warisan dan PH benar-benar sepakat, saya percaya ada waktunya memang kita akan memiliki Perdana Menteri daripada Sabah dan Sarawak. Cuma sekarang ruang perlu diberikan kepada Anwar Ibrahim untuk menetapkan asas-asas Reform yang tidak berjaya terlaksana dalam kesempatan 22 bulan PH memerintah.

Mengenai laporan Media "AMK Tetap Mahu Anwar, Tolak Shafie", sebenarnya saya hanya tegaskan bahawa kami tetap dengan pendirian Anwar perlu diangkat menjadi PM kerana kita faham ini hanya soal penyusunan politik dan waktu.

Berikut saya lampirkan respon penuh dua perenggan apabila saya ditanya oleh sahabat media:

"AMK masih berpegang dengan keputusan MPP sebelum ini. Iaitu pilihan kita hanya DS Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri

Kita tak boleh halang Amanah dan DAP untuk buat percaturan mereka. Namun kita mengharapkan rakan-rakan DAP dan Amanah akan mengutamakan keputusan dan pendirian di peringkat Pakatan Harapan"

Credit: Ahmad Syukri Abd Razab

No comments: