SITI ZAINAB MENGGUNAKAN ROSLI DAHALAN SEBAGAI TALIAN HAYAT BAGI MENYELAMATKAN DIRI DARI TINDAKAN SPRM



Hari ini, Isnin 29hb Jun, 2020 jam 3 petang di Kompleks Mahkamah Kajang, Jalan Cempaka Putih, Kajang, Selangor, Pihak Jabatan Peguam Negara atas Arahan Siti Zainab akan sekali lagi mencuba nasib mereka untuk mengenakan Bon Jaminan Keamanan sebanyak RM20,000 atas kritikan saya terhadap Tun Dr Mahathir.
Antara alasan yang digunakan adalah laporan polis keatas saya kerana saya meminta Tun Mahathir supaya berhenti menasihati negara-negara Islam yang bercakaran dan meminta beliau menyelesaikan perbalahan Umat Islam Negara ini yang beliau sendiri juarai. 

Persoalannya, adakah Tun Mahathir masih Perdana Menteri yang menyebabkan Siti Zainab, Peguamcara Negara 2 perlu mengenakan Bon Jaminan Keamanan ke atas saya? Adakah mengkritik Tun Mahathir menyebabkan kerajaan Tan Sri Muhiyiddin tidak aman?
Tindakan Siti Zainab ini hanya bertujuan mendiamkan saya kerana laporan polis yang saya buat ke atas Tun Mahathir dan Gopal Sri Ram selepas Tan Sri Apandi Ali mendedahkan tindakan Gopal menyampaikan hasrat Tun Mahathir meminta Tan Sri Apandi menangkap dan mendakwa Dato Sri Najib tanpa mengikut lunas undang-undang.

Susulan dari tindakan Siti Zainab terhadap saya, saya telahpun melaporkan kepada SPRM terhadap salahguna kuasa yang beliau lakukan dalam mendapatkan sebidang tanah di Ampang Hilir ketika beliau mewakili AGC dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.  Namun, Peguam Negara nampaknya memberikan perlindungan kepada Siti Zainab dan tidak menggantung tugas beliau sehingga kini.  Itu belum lagi laporan SPRM terhadap tanah yang beliau perolehi di Putrajaya, tanah yang beliau perolehi di Melaka ketika beliau menjadi Penasihat Undang-undang Kerajaan Melaka dan kemampuan  luar biasa beliau untuk membayar primium untuk tanah-tanah yang bernilai berjuta ringgit serta kemampuannya untuk melakukan renovasi rumah beliau di Petaling Jaya yang menelan belanja lebih sejuta ringgit.

Saya cuba fahami kenapa Tan Sri Idrus begitu takut dengan Siti Zainab sehingga bukan sahaja tidak berani mengambil tindakan, malah selepas SG 1 pencen bulan Ogos ini dan mula bercuti mulai 14 Julai ini, Siti Zainab pula mahu dinaikkan pangkat ke SG 1.  Rupa-rupanya, Peguam Negara kita sekarang tahu bahawa Siti Zainab mempunyai hubungan yang baik dengan beberapa orang yang rapat dengan Perdana Menteri.

Terkini, Siti Zainab cuba menggunakan khidmat Peguam yang telah menyelamatkan PPBM dari dibatalkan pendaftarannya, Rosli Dahalan untuk berunding dengan Tan Sri Muhiyiddin Yassin bagi menyelamatkan diri beliau dari tindakan pihak SPRM supaya Siti Zainab boleh dilantik menjadi Peguamcara Negara 1. Rosli Dahalan sememangnya sangat rapat dengan YAB PM dan baru-baru ini telah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah PNB (https://focusmalaysia.my/mainstream/lawyer-rosli-dahlan-appointed-pnb-director/). Rosli pernah didapati positive Covid 19 dan pernah juga menyumbang untuk tabung Covid Negara sebanyak RM150,000. 1MDB juga telah melantik Tetuan Rosli Dahlan Saravana (RDS) Partnership untuk mewakili mereka dalam hal-hal berkaitan undang-undang selepas Tan Sri Muhiyiddin menjadi Perdana Menteri.

Dengan mempunyai sekutu yang mempunyai kedudukan penting seperti Gopal Sri Ram dan Manoj Kurup yang dilantik oleh Tommy Thomas mengetuai bahagian pendakwaan AGC sejak 2018, mungkin di dunia ini Siti Zainab boleh terlepas dari SPRM dan masih boleh naik pangkat walaupun beliau sedang disiasat SPRM. Namun, beliau harus ingat bahawa dunia ini hanya tempat tumpangan sementara.  Beliau boleh lakukan pelbagai kezaliman keatas musuh beliau dan musuh Pakatan Harapan.  Namun akhirat kelak, Gopal Sri Ram, Manoj Kurup, Idrus Haron dan Rosli Dahalan, suami kepada saudara Siti Zainab sendiri, termasuk Perdana Menteri sekalipun tidak boleh menyelamatkan beliau.  Segala apa yang beliau lakukan dimuka bumi ini akan dihisab dan beliau akan menerima balasan yang setimpal.  Pesanan saya, berpada-padalah buat orang, takut tidak sempat nanti hendak meminta maaf pada yang dianiaya. Pesan dekat Manoj sama, mungkin dengan mengenakan Tan Sri Shafie Abdullah isu LHDN membolehkan beliau diangkat ke jawatan Peguamcara Negara 2. Namun, jangan sampai nanti tiba-tiba Allah angkat Tan Sri Shafie sebagai Peguam Negara pula.  Tak cukup tanah nanti kalian hendak lari.

Dato’ Lokman Noor Adam
Presiden
Laskar Siber Malaysia
29hb Jun, 2020
https://www.facebook.com/1060007127376680/posts/3314124451964925/

KEBAKARAN WAD DI HOSPITAL SULTANAH AMINAH - ADHAM BABA
https://youtu.be/8aJhEZ3nLE0

PERJUMPAAN DENGAN KETUA- KETUA CAWANGAN UMNO SRI GADING 26/6/2020
https://www.facebook.com/1060007127376680/posts/3314186495292054/

No comments: