Cadangan Shafie sebagai PM perlu dibawa ke Majlis Presiden PH

Cadangan Shafie sebagai PM perlu dibawa ke Majlis Presiden PH

Cadangan untuk menamakan Datuk Seri Shafie Apdal sebagai calon Perdana Menteri perlu dibincangkan di peringkat kepimpinan pusat AMANAH dan DAP terlebih dahulu.
Demikian menurut Presiden AMANAH Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guang Eng dalam satu kenyataan bersama hari ini.
Katanya, cadangan itu seterusnya perlu dibawa ke mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan untuk diputuskan bersama.
AMANAH dan DAP berpandangan candang itu sebagai suatu opsyen baharu untuk merealisasikan usaha mengembalikan semula mandat rakyat yang telah diberikan kepada gabungan Pakatan Harapan dan Warisan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu.
Terdahulu, dalam kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad selepas pertemuan tidak rasmi (informal) dua hari yang lalu dan cadangan untuk menamakan Dato Seri Shafie Apdal sebagai calon baharu Perdana Menteri.