ADAKAH ORANG TUA YANG TIADA PARTI BOLEH TENTUKAN ARAH TUJU PH? MASA UNTUK KITA PERTAHANKAN PH





Nampaknya kita di bawah yang masih sayangkan PH harus menggandakan usaha di dalam pertempuran dengan orang tua yang bernama Mahathir ini. Tingkah lakunya semakin melampau dan meloyakan.
Tindakan beliau mengheret Dap dan Amanah untuk berpakat menaikkan Shafie Apdal sebagai PM bagi menggantikan pencalonan namanya yang ditolak oleh Keadilan, adalah satu perbuatan membuli rakan-rakan di dalam PH terutama Dap dan Amanah.
Alasan, kononnya untuk mengembalikan mandat rakyat? Semua tahu, rakyat memberikan mandat kepada PH untuk menjadi kerajaan kerana kita menjanjikan dua nama ini sebagai PM untuk PH. Pertamanya, Mahathir sebagai PM apabila PH mengambil alih Putrajaya, TPM adalah Kak Wan, sehingga Anwar dibebaskan dari penjara (pengampunan Agong) dan dibolehkan untuk berpolitik, maka Anwar akan diangkat menjadi PM pula. Mandat itu diberikan oleh rakyat.
Jika mandat ini mahu dikembalikan semula, maka sewajarnya PH menamakan Anwar sebagai PM setelah era Mahathir berakhir apabila beliau sendiri meletakkan jawatan sehingga mengakibatkan ruang pengkhianatan berlaku dengan mudah. Ini dosa Mahathir yang rakyat tidak akan lupakan sehingga beliau mati kelak.
Apabila Mahathir gagal untuk membuli Anwar dan Keadilan, beliau kini cuba untuk membuli rakan Keadilan iaitu Dap dan Amanah. Tidak masuk akal, Mahathir yang tidak berparti setelah dipecat dari partinya sendiri bersama Shafie Apdal dari Warisan yang bukan gabungan PH boleh menentukan hala tuju PH.
Apakah kesemua MP dari Amanah atau Dap boleh tersenyum dengan situasi ini? Mungkin tidak semua, tetapi ada beberapa orang di kalangan mereka sanggup dibuli dan dihina sedemikian rupa oleh Mahathir kerana mereka terbayangkan kerusi empuk di Putrajaya yang pernah mereka duduki selama 22 bulan yang lalu. Memalukan.
Marilah kita berikrar bersama untuk menggandakan serangan kepada Mahathir, bapak penipu ini. Bahkan, sesiapa sahaja yang sanggup dilacurkan oleh orang tua penipu ini wajib kita tentang habis-habisan. Pertempuran kali ini di antara kita yang sayangkan PH dengan seorang manusia munafik yang bernama Mahathir Mohamed.


WFAUZDIN NS