ANWAR PM KE 9 - TAHNIAH MB NEGERI SEMBILAN MB PERTAMA NYATAKAN SOKONGAN



Tahniah dan syabas kita ucapkan kepada MB Negeri Sembilan, YAB Dato' Seri Haji Aminuddin bin Harun atau lebih dikenali di kalangan penduduk Negeri Sembilan sebagai Tok Min kerana menjad MB perama yang menyatakan sokongan padu kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai PM ke 9 sekiranya PH berjaya mengambil semula mandat rakyat yang di'ragut' oleh Perikatan Nasional di dalam masa terdekat ini.

Sokongan kepada Presiden Keadilan itu bukan kerana Tok Min adalah Pengerusi MPN Negeri Sembilan tetapi hakikat yang tidak boleh dinafikan bahawa Anwar Ibrahim adalah satu-satunya tokoh yang dicalonkan oleh PH sebagai PM selepas Tun Dr Mahathir.  Sewaktu PH mengambil alih kuasa dari Bn selepas PRU14 yang lalu, Tun Dr Mahathir telah diangkat sebagai PM mengikut perjanjian dan manifesto PH di mana MB Negeri turut menyatakan sokongan kepada Tun Dr Mahathir.

Komitmen MB Negeri Sembilan terhadap PH tidak boleh diragukan lagi di mana terdapat beberapa pimpinan negeri-negeri lain sanggup mengkhianati amanat rakyat dan berpaling kepada Perikatan Nasional, kerajaan negeri yang dipimpin oleh Tok Min masih unggul dan kukuh mempertahankan mandat rakyat yang diberikan.

Kita mengucapkan tahniah kepada semua Adun PH di Negeri Sembilan yang berjaya mempertahankan maruah diri masing-masing walaupun ada cubaan untuk menjatuhan kerajaan PH di negeri adat perpateh ini.  Ini membuktikan bahawa kepimpinan Tok Min telah meyakinkan semua Adun dan dari masa ke semasa rakyat di Negeri Sembilan mulai merasai serasi dan bertuah berada di bawah kerajaan negeri di bawah PH.

InsyaAllah, sekiranya PH berjaya menjadi kerajaan semula dan Dato' Seri Anwar Ibrahim diangkat menjadi PM, satu lagi hadiah istimewa kepada penduduk-penduduk Negeri Sembilan kerana seorang MP dari negeri ini telah mencipta sejarah menjadi PM.

Dari Jelebu ke Kuala Linggi,
Singgah sebentar di Pekan Sendayan,
Berpuluh tahun kita jeritkan reformasi,
Tiba masanya kita laksanakan.

WFAUZDIN NS




No comments: