Beri Tempoh 6 Bulan kepada Mahathir Mohammed.



Okay,Aku sengaja bagi KEMUNGKINAN yang akan berlaku. Ph take over kembali kerajaan. Dato Sri Anwar mengalah kononnya hanya 6 BULAN SAHAJA. Tiba bulan ker 6,GPS,5 sekawan tak berparti & Warisan bagi 1 ugutan andai kata Mahathir Mohammed berundur sebagai PM,mereka akan tarik balik sokongan kepada Ph.

Jika Dato Sri Anwar Ibrahim bertegas mahukan peralihan kuasa,pasti akan jadi masalah kerana kerajaan Ph akan tumbang & Besar kemungkinan PRU akan diadakan. Pasti yang disalahkan adalah DSAI.

Selepas 6 bulan,Para MENTERI YANG SEDANG BERUSAHA KERAS MENYELAMATKAN NEGARA,yang kembali selesa dijawatan tertinggi pasti tidak akan menyokong usaha DSAI untuk peralihan kuasa sebab kononnya tidak mahu pisang berbuah dua kali.

Andai kata penyokong keAdilan mula menyerang kerajaan Mahathir Mohammed,Pasti akan dikecam sebagaimana Saudara Rafizi Ramli dikecam pada permulaan kerajaan Ph dibentuk dulu. Siapa sahaja pimpinan yang berani menyerang pasti akan dikatakan gila kuasa.

Dan sebagaimana 22 bulan sebelum ini,tiada reform sepenuhnya akan kembali berulang. Pemusatan kuasa kepada Mahathir Mohammed akan berlaku. Kereta Nasional ke 3 akan dilancar segera. Project mega akan kembali milik sahabat handai.

Yes,Maybe Najib Razak,Ahmad Zahid Hamidi akan ke dalam,tapi besar kemungkinan 2 orang itu sahaja. Kerana semua yang lain akan kembali menunduk kepada Mahathir Mohammed. Itupun kalau kerajaan Ph+ berjaya bertahan sehingga habis penggal.

Jadi tak salah sekiranya Dato Sri Anwar Ibrahim enggan menyokong Mahathir Mohammed kembali menerajui negara KONONNYA selama 6 bulan sahaja. Dia lebih mengerti. Jangan jatuh ke dalam lubang biawak berkali kali.

Kepada Wakil Rakyat sahabat KeAdilan.. Jangan sekadar laungan "kami tidak kisah jadi pembangkang" hanya dibibir sahaja tetapi dalam hati "kami Rindu jadi MENTERI"

Andaian saya yang baru lepas breakfast kat Batu Gajah,Perak..



No comments: