BENARKAN OPERASI PN DILABEL KAKI JUDI


Benarkan operasi, Kerajaan PN dilabel kaki judi


Naib Presiden AMANAH Nasional, Datuk Mahfuz Omar menempelak kerajaan PN walaupun dibentuk tanpa DAP, tapi merupakan kerajaan kaki judi.
Beliau berkata, tindakan PN membenarkan pengoperasian pusat judi adalah satu keputusan yang mengejutkan walhal kerajaan ketika ini mempunyai ramai pemimpin berlatar belakangkan pendidikan agama.
Katanya, PN seharusnya melewatkan operasi perjudian dan bukan menjadikannya sektor tersebut lebih awal dibuka berbanding daripada masjid yang ketika ini dihadkan pengoperasiannya.
“Saya terkejut apabila kerajaan tanpa DAP dan lebih ramai Menteri yang berlatarbelakangkan pendidikan agama, menganggap perjudian sebagai sektor ekonomi yang sangat penting kepada mereka.



Sedangkan jika dibandingkan antara masjid dengan pusat perjudian, saya fikir lebih baik diberikan peluang untuk masjid beroperasi agar masyarakat kita lebih mendekatkan diri dengan Tuhan,” katanya ketika dihubungi Malaysia Dateline hari ini.
Terdahulu, tular satu surat yang memaklumkan bahawa semua operator perjudian yang dilesenkan oleh Kementerian Kewangan (MOF) dibenarkan untuk beroperasi semula mulai hari ini.
Surat tersebut dilihat ditandatangani Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Dr Anuar Ariffin yang dikeluarkan pada semalam, 16 Jun.
Dalam surat itu juga, kerajaan meminta kerjasama semua operator perjudian untuk mematuhi Standard Operating Procedures (SOP) bagi pencegahan dan kawalan Covid-19 seperti lampiran yang disertakan.
Sementara itu, Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, jika waktu dahulu PH sentiasa dihujani kecaman yang mendakwa mereka tidak sensitif terhadap isu tersebut, PN seharusnya tampil berbeza dengan pemerintahan PH.
Namun katanya, mereka yang dahulu membangkitkan hal berkenaan nampaknya lebih tidak sensitif.
“Saya percaya keputusan ini adalah keputusan yang disepakati oleh Kabinet termasuk Menteri Agama dan Menteri Pas. Jadi merekalah yang telah bersetuju untuk pengoperasian judi dibuka kembali.
“Jadi kalau begitu saya ulangi sekali lagi, sama saja rupanya kerajaan tanpa DAP ini merupakan kerajaan kaki judi,” tambahnya lagi.



No comments: