NEGARA INI MENUJU SEBUAH NEGARA YANG ROSAK-EZAM NOR

Ezam pc.jpg

1.Negara ini sudah kembali menuju kearah sebuah negara yang rosak ( a rotten state).

2.Rasuah kembali menjadi budaya dan mereka termasuk PM melakukannya(rasuah jawatan) tanpa segan silu.

3.Suasana sama semasa PM ke 6 , rasuah membudaya , selain 1MDB, tender dan kontrak runding terus dengan harga berganda.Pemimpin dan famili bermewah tanpa rasa malu.Justeru saya letak jawatan dan keluar dari kerajaan itu serta merta pada tahun 2016.

4.Yang lebih membimbangkan, disebabkan pengkhianatan daripada pemimpin kerajaan reform sendiri, kita bakal mencipta sejarah dunia sebagai sebuah negara yang ditukar kerajaan kerana rasuah tetapi tidak seorang pun pemimpin rasuah dihukum dan dipenjara.

5.Ini sebab-sebab paling utama saya memutuskan untuk kembali berjuang melalui medan politik dan kembali ke PKR.Parti yg pernah saya bersama menjadi penajanya lebih 20 tahun lalu.

6.PKR tidak sempurna.Pemimpinnya juga tidak sempurna tetapi ianya adalah satu-satunya parti berasaskan reform dan perubahan.Dan tetap kekal dengan asas itu puluhan tahun.

7.Dalam menghadapi negara yg semakin rosak ini, hanya parti berasaskan reform boleh menjadi wadah untuk kita berjuang melawan perasuah-perasuah tegar ini dengan berkesan.



No comments: