KKM Sasar 16,000 Ujian Covid-19 Dalam Sehari – Dr. Noor Hisham


 


 
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyasarkan mampu untuk menjalankan 16,000 ujian Covid-19 mulai bulan hadapan.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, sasaran itu diletakkan KKM kerana terdapat makmal baharu yang dibina oleh kementerian itu dengan kerjasama beberapa pihak swasta dan hospital universiti di negara ini.
“Setakat hari ini, kita boleh jalankan 3,500 ujian Covid-19 sehari. Kita jangkakan minggu depan kita akan dapat jalankan 7,000 ujian sehari, dan pada bulan April kita jangka dapat melaksanakan 16,000 ujian Covid-19 sehari.