KHAIRUDDIN PENJILAT TUN M YANG KINI BAGAI POLONG TIDAK BERTUAN



DIA AKAN MENCARI TUAN BAHARU DALAM HIDUPNYA.ZAMAN PAK LAH DIA BUAT KEMBARA KAILAN,ZAMAN NAJIB DIA DIAM SEBAB TAK ADA APA. ZAMAN TUN DIA KEMBALI MENDAPAYKAN SESUATU.KINI DIA TINGGALKAN TUN DAN BERUSAHA MEMIKAT MUHYIDDIN.SEBAB DIA TAHU KALAU ANWAR JADI PM...DIA JADI APA?



Kalaulah Tun M mahu menganugerahkan pingat emas kepada para penjilatnya, maka sudah pasti si Khairuddin iaitu calon yang kalah di dalam PRU14 yang lalu bertanding di Melaka atas ehsan kerusi yang diberikan oleh Amanah, adalah makhluk penjilat yang paling layak menerima anugerah tersebut.

Walaupun beliau tewas di dalam PRU14 yang lalu termasuk kalah lagi di dalam petisyen di mahkamah, atas ehsan Tun M maka dilantik juga beliau memegang jawatan di dalam sebuah syarikat yang ada kaitan dengan minyak sawit. Itulah anugerah paling besar yang beliau dapat hasil kerja menjilatnya. 

Kerja beliau tidak susah, bodek Tun M dan kutuk Anwar, itu saja.  Spesis anjing memang suka makan bangkai.  Malangnya, begitu kuat makhluk terkutuk ini membodek Tun M dan menghina Anwar, beliau tidak ke mana-mana sehingga kerajaan PH jatuh akibat khianat oleh gerombolan dari Bersatu dan geng-geng kartel dalam Keadilan.  Paling kurang pun sepatutnya Khairuddin ini dilantik menjadi Senator oleh PM waktu itu, tetapi Tun M pun bukan bodoh sangat.  Tun M kenal si Khairuddin ini bukannya ada bakat apa-apa pun kecuali mengampu.  Parti Bersatu pun tidak pandang Khairuddin walau dengan sebelah mata.

Khairuddin amat berang apabila Anwar tidak lagi mengharapkan Tun M untuk menguruskan PH.  Cubaan Khairuddin sejak dulu untuk memecahkan Keadilan dan mahu melihat Azmin menguasai Keadilan ternyata gagal.  Sebaliknya, Azmin yang bungkus kain baju keluar rumah dan masuk rumah pengkhianat.  Anwar tetap teguh memimpin Keadilan dan disokong padu oleh rakan-rakan setia dari Dap dan Amanah.

Bertambah sakit hati Khairuddin apabila melihat yang teruk musnah adalah parti Tun M sendiri, iaitu Bersatu.  Bagaimana boleh masuk akal parti Bersatu pecah dua, satu menyokong PH dan satu pihak lagi menyokong Pakatan Nasional, iaitu kerajaan pintu belakang? Usaha Khairuddin sekian lama untuk pecahkan Keadilan gagal kerana Keadilan tidak berpecah dua, sebaliknya yang keluar tanpa dihalau adalah geng-geng semburit.  Keadilan semakin kuat dan utuh apabila kartel yang selama ini menjadi duri dalam daging telah berambus keluar.

Anwar dengan berani dan tegasnya menyatakan PH akan terus memperjuangkan mandat rakyat walaupun tanpa Tun M.  PH berasal dulu pun tanpa Tun M dan kehadiran Tun M ke dalam PH dulu pun bukan dipelawa oleh PH, sebaliknya Tun M yang memohon untuk bersama.  Maka, tepatlah kata Anwar, kalau Tun M mahu terus bekerjasama dengan PH, tiada masalah tetapi PH tidak lagi mengiktiraf Tun M sebagai Pengerusi PH.  Agaknya, kerana itulah Khairuddin meroyan sakan kerana selepas ini beliau tidak tahu mahu menjilat siapa lagi.

Khairuddin merasakan tiada faedahnya lagi untuk menjilat orang tua yang sudah kehilangan kuasa PM dan tiada jawatan apa-apa di dalam PH lagi.  Mahu menjilat Muhyiddin pula?  Tidak mustahil, kerana manusia yang tiada maruah akan sanggup lakukan apa saja untuk hidup.  Kalau memfitnah yang diibaratkan sebagai makan bangkai pun beliau sanggup buat untuk beri makan anak bininya, setakat mengampu Muhyiddin bukan masalah besar buatnya.

Masalahnya, adakah Muhyiddin begitu bodoh untuk percaya kepada beliau?  Jelas, Khairuddin kini umpama polong tidak bertuan semenjak Tun M hilang kuasa.  Akhirnya nanti,  polong ini akan makan najisnya sendiri apabila tiada lagi tempat untuk mencari makan.

WFAUZDIN NS


No comments: