Cara Mohon Penangguhan Bayaran Pinjaman Bank Akibat Covid-19



ADA 20 bank yang menawarkan penangguhan bayaran balik pinjaman selama 6 bulan akibat penularan wabak COVID-19, tetapi tidak dilaksanakan secara automatik. Ini kerana peminjam perlu memohon secara manual melalui bank pinjaman.

Berikut syarat kelayakan yang diperlukan untuk menangguhkan pinjaman, termasuk proses dan prosedur yang perlu diambil pemohon untuk penangguhan tersebut. Kepada pemohon yang diberikan notis cuti tanpa gaji, anda boleh memohon bantuan kewangan RM600 sebulan melalui PERKESO.

APAKAH MORATORIUM?
Penangguhan bayaran balik pinjaman bank, atau dikenali sebagai moratorium, bertujuan meringankan beban peminjam yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan Kerajaan, baru-baru ini.

Tiada sebarang caj, penalti atau denda dikenakan sepanjang proses moratorium. Ini bermakna anda tidak perlu membayar ansuran bulanan kereta atau rumah sepanjang tempoh enam bulan. Antara bank yang terlibat ialah:

Bank Rakyat
SME Bank
CIMB Bank
Maybank
Bank Simpanan Nasional
Public Bank / Public Islamic Bank
Agro Bank
Hong Leong Bank
Bank Muamalat
HSBC Amanah
Affin Bank
OCBC
TEKUN
AmBank
Bank Pembangunan Malaysia Berhad
Bank Islam
MBSB Bank
Alliance Bank
Standard Chartered Saadiq
RHB Bank
Antara produk yang dibenarkan penangguhan hanyalah:

Pembiayaan peribadi
Pinjaman rumah
Sewa beli kereta
Kad kredit
Pinjaman SME
Overdraft

APAKAH DOKUMEN DIPERLUKAN?
Berikut dokumen diperlukan untuk membuat penangguhan bayaran balik pinjaman bank:

Individu:

Surat tunjuk sebab majikan (tiada bayaran/pengurangan OT/separuh gaji, dan lain-lain)
Slip gaji menunjukkan pengurangan (sebelum dan selepas Covid-19)
Penyata bank (sebelum dan selepas Covid-19)
Pemilik Perniagaan:

Penyata Bank (sebelum dan selepas Covid-19)
Pesanan yang  dibatalkan
Jualan bulanan (sebelum dan selepas Covid-19)
CARA MEMOHON
Permohonan boleh dibuat di bank-bank pinjaman sama ada melalui kaunter atau telefon. Anda boleh hubungi nombor telefon di bawah:

CIMB / CIMB Islamic 03-62047788
Maybank / Maybank Islamic 1-300-88-6688
Hong Leong Bank / Hong Leong Islamic 03-76268899
Affin Bank / Affin Islamic 03-82302222
AmBank 03-21788888
Bank Islam 03-26900900
Bank Simpanan Nasional (BSN) 1300-88-1900
Agro Bank 1-300-88-2476
Bank Muamalat 1-300-88-8787
Bank Rakyat 1-300-80-5454
HSBC Amanah 1-300-88-2626
Public Bank 1-800-22-5555
OCBC Al Amin Bank Berhad 03-83149310
MBSB Bank 03-20963000
RHB Bank / RHB Islamic 03-9206 8118
Standard Chartered Saadiq 1-300-88-8888
Alliance Bank 03-55169988
Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) 03-26113888
SME Bank 03-26037700

.

No comments: