*SENARIO SATU*
Sebelum Muhyidin (bekas menteri KDN yang bertanggungjawab dalam isu kematian Adib yang diserang hebat oleh UMNO dan PAS) angkat sumpah sebagai PM, kemungkinan YDPA akan perkenan menerima mengadap Tun dan rombongan utk mempersembahkan 117 SD (mungkin bertambah sehingga 120 SD) menyokong Tun sebagai PM.
Jika YDPA berpuashati, maka titah perkenan kepada Muhyidin akan ditarik balik dan mengeluarkan titah baru memperkenankan Tun angkat sumpah sebagai PM seterusnya membentuk kabinet kerajaan PH
*SENARIO DUA*
Jika atas apa-apa kemungkinan SD tersebut gagal diserah dan Muhyidin mengangkat sumpah sebagai PM, maka dalam Persidangan Pertama Parlimen (dijadualkan pada 09 Mac 2020) beliau perlu melantik seorang Speaker baru bagi menggantikan Speaker Kerajaan PH, jika Parlimen gagal meluluskan pelantikan Speaker baru kerana kekurangan majoriti, maka PM wajib meletak jawatan atau Parlimen dibubarkan.
Usah perjudikan nasib negara dan rakyat kerana kegilaan kita mengejar jawatan. Terimalah realiti sebenar seperti yang rakyat telah putuskan dalam PRU-14 yang lalu.