PH FAILKAN INJUKSI DI MAHKAMAH TINGGI ESOK.

1. PH failkan injunksi di Mahkamah Tinggi esok untuk menghalang PM 8 daripada masuk ofis PM, berdasarkan dua keadaan:


i) PM8 sebenarnya memang tak ada majoriti at the first place. Berdasarkan duluan kes Nizar, PM8 telah hilang majoriti sama ada sebelum atau selepas angkat sumpah;

ii) Sementara nak menunggu Mahkamah putuskan isu (i), injunksi juga perlu dipohon untuk menyekat PM8 menjalankan tugas sehinggalah sidang Dewan Rakyat yang baharu diadakan pada 9 Mac 2020. Ini kerana sebagai PM, Muhyiddin boleh memohon menangguhkan sidang Dewan Rakyat sehingga satu tempoh sampailah masalah majoriti Muhyiddin diselesaikan.

 Maka jika injunksi tidak dikenakan ke atas Muhyiddin, ada kemungkinan besar undi tak percaya akan disabotaj dan tak dapat dilaksanakan bagi membuktikan Muhyiddin benar-benar tiada sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat.