SEJARAH TERCIPTA - PEMBANGKANG YANG MENDAPAT MAJORITI SOKONGAN RAKYAT




Kerajaan PH yang telah mendapat sokongan majoriti rakyat di dalam PRU14 yang lalu masih wujud, tidak perlu bimbang.  

Cuma, kerajaan ini telah dirampas secara tidak demokrasi di mana sebilangan MP yang khianat juga minoriti jumlahnya telah mengambil alih kerajaan pilihan rakyat ini.  

Alhamdulillah, sebagaimana awal-awal kerajaan PH memasuki Putrajaya, berlangsung dengan aman, waktu kerajaan yang telah dianiayai ini keluar pun berlangsung dengan aman.  

Yakinlah, tidak lama kerajaan yang dibentuk seperti ini.  Ibarat kita bermain bola, pihak lawan sebenarnya banyak jaringkan gol, namun pasukan kita tetap dikira pemenang.  Kita seronok kah? 

Bersabarlah, sebagaimana Anwar dan Kak Wan bersabar.  Allah tahu pihak mana yang benar, InsyaAllah, Allah akan bantu.  Mereka sendiri pun tidak nampak begitu seronok merayakan kejayaan mereka merampas kerajaan secara sebegini sebagaimana kita begitu seronok merayakan kemenangan kita pada Mei 2018.  Mereka tidak boleh berpura-pura.

Alhamdulillah, hikmahnya sedikit demi sedikit parasit di dalam parti kita jelas kelihatan dan dapat kita buang lebih awal.  Bila diuji begini, baru kita tahu siapa sebenarnya yang ikhlas berjuang dan siapa pengkhianat.

Mungkin Allah mahu bersihkan setiap dari parti kita sebelum kita kembali semula menjadi satu kerajaan yang lebih baik dari sebelum ini.  

Di hadapan kita sekarang adalah kerajaan yang kita kenali satu persatu integriti mereka.  Hanya PH sahaja yang terus menjadi harapan rakyat dan kita perlu kembali kepada rakyat.  

Bersyukurlah, kita jatuh bukan kerana ditolak oleh rakyat tetapi kerana pengkhianatan dari gerombolan yang rakus kuasa serta dibantu oleh parti yang kononnya memperjuangkan Islam.  

Terima kasih semua pimpinan PH yang tidak tidur siang malam untuk berusaha mempertahankan kerajaan pilihan rakyat ini.

WFAUZDIN NS