ADAKAH TUN SEDAR AKAN TINDAKAN DAN IMPLIKASINYA..


1. Saya tidak fikir Tun M tidak sedar dengan tindakan-tindakan luar jangkaan yang dilakukannya.

2. Saya juga tidak fikir Tun M tidak sedar akan implikasi yang bakal terjadi hasil dari tindakan ini.

3. Semua orang tahu bagaimana telitinya insan yang bernama Mahathir dalam menilai, memutuskan dan melaksanakan sesuatu agenda atau misi.

4. Tetapi kenapa tindakan beliau kali ini seolah-olah seperti budak-budak main masak-masak atau seperti orang tua yang berpenyakit alzheimer?

5. Saya berkeyakinan semua tindakan yang beliau lakukan ini memang disengajakan dan dibuat secara "terancang berganda" atau diluar kotak yang berlapis-lapis. Kelihatan sangat sangat bodoh tapi strategi beliau untuk misi ini mungkin memang bertujuan agar dilihat  bodoh oleh semua pihak.

6. Beliau lakukan semua ini untuk matikan langkah dan gerakan semua musuh di pelbagai peringkat secara serentak.

5. Nampak tindakan tidak waras tapi sangat sistematik dan terancang.

6. Hasilnya:

6.1. Menafikan Anwar sebagai PM8. Saya kira ini matlamat utama beliau.

6.2. Menafikan dan pada masa yang sama berjaya mengawal kemas Anwar tanpa manouvre apa-apa. Malah Anwar terpaksa pula merayu agar Tun M jadi PM8 semula.

6.3. Apabila Tun M meletak jawatan, beliau dapat membebaskan dirinya dari ikatan perjanjian peralihan kuasa.

6.4. Beliau berjaya menaikkan wakil Bersatu sebagsi PM8 dan pada masa yang sama berjaya memastikan Najib dan Zahid duduk tepi dalam perundingan.

6.5. Umno juga terpaksa akur dengan terma rundingan yang dijalankan oleh TSMY dan Azmin serta wakil-wakilnya.

6.6. Beliau berjaya merobohkan kekuatan Anwar melalui geng kartel.

6.7. Berjaya mengelirukan pelbagai pihak dengan mempamerkan tindakan bodoh dengan cara mengeluarkan kenyataan untuk memanggil sidang parlimen pada 2hb untuk menentukan siapa PM8 pilihan. Bukan dia tak tahu perkara itu diluar bidangkuasa PM interim. Tapi saja buat-buat bodoh. Kaedah ini telah berjaya mengalihkan fokus semua pihak kepada isu tindakan bodohnya ini. Semua pihak terlalai dan membuat telahan Mahathir memang tamak kuasa dan pelbagai lagi tuduhan.

6.8. Dalam tempoh lalai inilah beliau membiarkan TSMY dan Azmin mengumpul sokongan. Mana pernah Tun M kalah kalau dia mahukan sesuatu. Tp dia buat-buat kalah kepada Muhyiddin dalam persaingannya merebut jawatan PM8. Kekalahan yang disengajakan.

6.9. Beliau membiarkan dirinya menjadi sasaran dengan tuduhan masih mahu lagi jadi PM. Hari tu apasal letak jawatan. Sekarang mahu balik. Mcm-macam lagi serangan dituju kepada beliau samada dari pihak PH mahupun pihak UMNO.

7. Sebenarnya, semua ini dilakukan demi untuk  melindungi gerakan TSMY dan Azmin dalam misi mengumpul sokongan.

8. Panjang lagi kronologi strategi buat tindakan dilihat  bodoh oleh Tun M ni, tapi cukuplah setakat ini ditulis.. Ia sudah memadai untuk memahami keseluruhan plot buat-buat bodoh yang dilakukan oleh politikus paling bijak ini.

9. Mana mungkin hilang grip dlm Bersatu. Mana mungkin 36 MP bersatu ini berpakat mengkhianati Tun M. Mana mungkin mereka boleh bertindak keras kepala terhadap Tun M dengan meninggalkan Tun M seolah-olah terkonteng keseorangan.

10. Ini semua utk kelirukan semua keadaan dan kontrol semua peringkat musuh.

11. Cakaplah apa pun, Tun M hakikatnya telah berjaya mencapai matlamat sebenar yang diingininya terjadi. Ia benar-benar terjadi.

12. Bukankah Tun M selalu ungkapkan ayat, " saya sedia dipandang hina asal negara ini tidak dipimpin oleh pemimpin yang rosak moral, perasuah dan kleptokrat.

13. Siapa yang kenal Mahathir, pasti tahu prinsip dan pegangannya. Tidak mungkin beliau akan gila talak apabila dia sudah buat keputusan dan menghantar surat perletakan jawatannya, apatah lagi dihujung usia dan telah ratusan kali mengulangi kata-kata akan pegang jawatan untuk hanya sekitar 2 tahun.

13. Tercapaikan matlamat eh....?


Mat Tepi