Monday, February 3, 2020

UMNO & PAS SERUPA*


Mat Man




1. Non-Muslim di Malaysia hari ini bukan seperti kafir Quraisy Mekah. *Di sini tidak ada peperangan antara Muslim dan non-Muslim*. Di sini Muslim tidak pernah dihalang beribadat dan tidak dihalau. Di sini Muslim dan non-Muslim berjiran, satu pejabat, satu sekolah, sekampung bahkan ramai yg mempunyai hubungan darah dan kekeluargaan.

2. Berbeza agama adalah perkara biasa yg berlaku dgn kehendak Tuhan. Jika Muslim sayangkan agamanya dan yakin agamanya benar, non-Muslim juga sayangkan agamanya dan yakin agamanya benar. Jika Muslim tidak mahu agamanya dihina, non-Muslim juga tidak mahu agama mereka dihina.

3. *Non-Muslim di sini adalah warganegara*. Mereka berhak menjadi calon pilihanraya, menjadi menteri atau exco jika mereka layak. Mengundi mereka dalam pilihanraya bukan suatu kesalahan dari sudut agama kerana kedudukan mereka sebagai warganegara di sini adalah setaraf dgn kedudukan Muslim.

4. *Mereka bukan kafir harbi kerana mereka tidak memerangi Islam dan orang Islam*. Jika ada hal-hal tertentu yg mereka tidak setuju dgn Islam, itu tidak bermakna mereka memusuhi Islam dan umat Islam secara keseluruhan. Jika orang Islam sendiri pun ada hal tertentu yg dia tidak bersetuju dgn Islam, apatah lagi non-Muslim. Di sinilah letaknya peranan orang Islam dlm dakwah.

5. *Ayat al-Quran tentang jihad memerangi non-Muslim tidak wajar dibaca secara berasingan dgn ayat yg memerintah orang Islam berbuat baik kpd non-Muslim*. Nabi sendiri tidak berperang dgn non Muslim 7 hari seminggu. Peperangan bukan pilihan tetapi berlaku dlm situasi yg sangat terdesak iaitu apabila dakwah terhalang dan halangan tidak boleh diatasi kecuali dgn peperangan.

6. *Di sini dakwah tidak terhalang bahkan orang Islam boleh berdakwah kpd non-Muslim 366 hari setahun* di market, di jalan, di sekolah, di universiti bahkan di gereja dan biara jika Muslim mahu. Dakwah di sini bukan tidak boleh, tapi Muslim tidak mahu. Muslim di sini, ramai yg rasa dirinya terlalu suci utk mendekati non-Muslim utk tujuan dakwah.

7. Dari sudut politik, UMNO memang suka kalau Muslim mencurigai non-Muslim. Dengan kecurigaan itu, *mereka berpeluang meniupkan sentimen perkauman*, kononnya Islam dan Melayu terancam dan rakyat perlu bersama UMNO demi Melayu dan Islam. Di depan Melayu, UMNO bercakap membela Islam. Di depan Cina, UMNO cakap mereka membela semua bangsa. Hipokrit.

8. *PAS yg kononnya berjuang Islam kebelakangan ini sudah termakan sentimen Melayu tiupan UMNO*. PAS yg dulunya anti-asabiah Melayu kini selesa dgn sentimen keMelayuan dlm kerja-kerja politiknya. Sasarannya ialah DAP. Oleh kerana PAS parti Islam, PAS label DAP anti-Islam utk menyokong usaha UMNO yg melabel DAP anti-Melayu. Kedua-dua parti itu seiring dlm memperalatkan sentimen agama dan bangsa utk kepentingan politik. 

9. *PAS dan UMNO sudah serupa langkah politiknya. Melayu rosak kerana UMNO, Islam rosak kerana PAS* .

No comments:

Blog Archive

My Blog List

Followers