Monday, February 3, 2020

TULISAN PEDAS TAMRIN GHAFFAR



SATU TULISAN YANG AMAT TELUS DAN BERANI oleh HANG JEBAT MODEN yang muncul selepas 500 tahun. Dato Tamrin manusia yang berpendirian teguh. BACALAH tulisannya ini dan nilaikan sendiri dengan akal fikiran yang dikurniakan Allah SWT...

*TMJ - BODOH SOMBONG YANG TAK BOLEH DIAJAR*

Tamrin Tun Ghafar
Ahad - 02/02/2020
(1 - 36)

1. 'Seekor Kerbau Membawa Lumpur, Habis Semuanya Terpalit'

'Jangan Biarkan Susu Sebelanga
Rosak Akibat Setitik Nila'.

2. Entah siapakah yang mengarang kiasan atau pepatah ini namun ia masih digunapakai sehingga kini dan mungkin kekal sehingga cucu cicit kita.

3. Tak pasti siapa kah penasihat 'Budak Kecil' ini yang juga dikenali sebagai 'Si Pendek atau Si Ketot'.

4. Hampir setiap kenyataan yang ditujukan khusus kepada Tun Dr. Mahathir, Perdana Menteri, ia sebenarnya menampilkan lagi KEBODOHAN beliau sendiri.

5. Kini beliau bertindak dan berlagak sebagai Pemangku Sultan, yang entah ke mana menghilang diri bercuti, menghiburkan diri dengan wang ringgit yang bertimbun yang telah dikumpulkan; hanya sesekali timbul sedangkan rakyat Johor terpaksa kais pagi makan pagi.

6. Sekali lagi adalah diharapkan Majlis Raja-Raja, terutama Yang DiPertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong yang kebetulan adalah merupakan Pakcik dan Makcik budak ini, dapat MENASIHATKAN beliau agar jangan terlalu celupar; BUKAN KAH PERLEMBAGAAN MENGHALANG RAJA-RAJA atau PEMANGKU MENCAMPURI POLITIK DAN PENTADBIRAN?

7. Perlu diingatkan, menjelang Pilihanraya Umum 2018, HANYA 3 orang Sultan; Sultan Kelantan, Sultan Selangor dan Johor bersama budak ini yang telah meluahkan kebencian mereka terhadap Tun M yang kini telah dipilih sebagai Perdana Menteri.

8. Di antara mereka hanya Ibrahim dan anak manjanya sahaja yang masih berterusan; mungkin kerana Kerajaan PH MEMBERHENTIKAN ekspot pasir ke Singapura dan TIDAK membenarkan pembeli-pembeli unit Forest City yang berjumlah berpuluh ribu dari China diberi status 'Permanent Resident' dan menghantar ramai pekerja pulang ke China.

9. Mereka berdua terlalu BERMAHARAJALELA semasa negara diperintah oleh Najib dan Menteri Besar UMNO.

10. Sejak menggambil alih, banyak lot tanah termasuk Pulau Kukup dirampas atau dirompak, dan ada yang diletakkan atas nama 'Tanah Sultan' atau 'Sultanate Land' dan banyak perniagaan dibolot oleh keluarga mereka.

11. Syarikat-syarikat seperti Johor Corp dan anak-anak syarikatnya seperti KFC TERPAKSA MENDERMA berjuta ringgit setiap tahun bagi membiayai pasukan bola JDT dan beberapa ahli keluarganya.

12. Lupakah kita peristiwa bagaimana seorang rakyat kita yang ditembak mati dan ada yang dipukul dengan teruk oleh bapa Ibrahim di satu ketika dahulu.

13. Apa pula kisah bagaimana Ibrahim memenjarakan bertahun lamanya Peguam Kamal Hisham Jaafar, anak Johor kerana hanya tidak mahu terlibat menipu Tengku Zanariah (Al-fatihah), Mak Tiri beliau bagi membolot harta peninggalan bapa beliau, Tengku Mahmood Iskandar yang ketika itu baru meninggal dunia.

14. Rakyat juga tidak lupa bagaimana 'Budak Kecil Bodoh Ini' dengan dibantu oleh pengawal-pengawal peribadinya membelasah cucu Tengku Jaafar, Negeri Sembilan dengan begitu dashyat sekali; begitu juga kes-kes lain yang TIDAK DILAPORKAN.

15. Sudahlah susah namun rakyat TERPAKSA membayar cukai itu dan ini sedangkan mereka TIDAK membayar cukai seperti beratus kereta mewah yang diimport, dan minyak kapalterbang peribadi pun mungkin dibayar oleh Kerajaan Negeri.

16. Itulah nasib rakyat 'Bangsa Johor' apabila mereka mempunyai seorang PERAMPAS KUASA yang TIDAK ADA SETITIS PUN DARAH RAJA (bermula dengan rampasan kuasa oleh keturunan mereka, Daeng Abdul Rahman), dan pada masa yang sama pula TIDAK MEMPUNYAI PELAJARAN yang sempurna seperti kebanyakan Raja dan anak-anak mereka, juga anak-anak orang kampung.

17. Mengikut kajian asal usul keturunan Kesultanan Johor moden, ia bermula dari Abu Bakar yang bukan sahaja terlalu BERBANGGA dengan panggilan Sir Albert Backer tetapi mereka berbangga mengamalkan cara hidup 'orang putih' atau 'mat saleh' bermula dengan pakaian resmi mereka sehingga kini yang TIDAK LANGSUNG mencerminkan pakaian tradisi Melayu.

18. Dari Albert Backer yang mempunyai kekasih berbangsa Inggeris selain dari punyai ramai isteri sehinggalah ibu kepada Ibrahim sekarang yang juga nenek Ismail adalah seorang 'orang putih' rakyat biasa dari England.

19. Rekod sejarah juga membuktikan 'Sultan' Ibrahim, anak kepada Abu Bakar atau Sir Albert Backer MENENTANG habis-habisan usaha Tengku Abdul Rahman bagi mendapatkan Kemerdekaan dari penjajah British; beliau mahu negara ini terus dijajah oleh British.

20. Sebenarnya sudah agak lama isu Ibrahim dan anaknya Ismail tidak disentuh namun sikap BIADAP dan KEBODOHAN budak ini memaksa isu ini diketengahkan semula.

21. Tidak lama dulu rakyat Johor telah didendangkan oleh 'Sultan' mereka dengan kenyataan kononnya Johor akan melaksanakan sistem persekolahan sendiri sedangkan Pelajaran adalah di bawah bidang kuasa dan tanggungjawab Kerajaan Pusat.

22. Baru-baru ini apabila tercetusnya wabak coronavirus dari Wuhan, China , 'Budak Kecil Yang Bodoh Ini' (Stupid Young Boy) melenting membangkitkan semula amaran beliau 2 tahun dahulu iaitu menjelang Pilihanraya Umum, agar rakyat tidak menukar pemimpin dari yang masih 'baik', iaitu Najib kepada Kerajaan sekarang.

23. Tidak kah mereka berdua ini sedar apabila rakyat khasnya 'bangsa Johor' sendiri menolak UMNO/BN ia adalah satu isyarat nyata bahawa rakyat SUDAH TIDAK PEDULI LAGI dan HILANG HORMAT terhadap 2 orang makhluk ini?

24. Sebenarnya 'Bangsa Johor' sedar siapa dan dari keturunan mana mereka berdua berasal tapi tidak mampu berbuat apa-apa.

25. Apabila mereka menukar Kerajaan, salah satu harapan mereka ialah Wakil-Wakil Rakyat PH samada Negeri dan Pusat BERTEGAS dengan 2 orang ini, tambah pula mereka berdua telah dengan TERANG TIDAK MAHU PH.

26. Malangnya terdapat sesetengah Wakil Rakyat PH ini masih tak ubah seperti :

'Harapkan Pegar, Pegar Makan Padi'

27. Menteri Besar sekarang, Dr. Sharudin Jamal tak ubah seperti 

'Rusa Masuk Kampung'

terpinga-pinga macam budak 'nerd atau baghal' tak tahu apa sebenar yang perlu dilakukan sebagai seorang MB, justeru beliau lebih mengharapkan Setiausaha Kerajaan Negeri dan Pegawai-Pegawai Kerajaan membimbing beliau dari mendengar pandangan Wakil-Wakil Rakyat Negeri-Negeri yang dipilih oleh rakyat; yang SELALU didendangkan ialah beliau TIDAK BERMINAT JAWATAN MB ini - namun TIDAK PULA BERHENTI.

28. Jawatan MB ini diberi atas 'mainan' Muhyiddin Yassin, Pengurusi PH Negeri yang 'push' beliau bagi menggantikan Osman Sapian atau Man Datsun sebagai MB yang juga atas 'kehendak' Muhyiddin.

29. Di kalangan EXCO ada yang bercita-cita nak menjadi 'pengganti MB' dan di kalangan Wakil Rakyat pula ada yang bersiap sedia untuk dilantik sebagai EXCO.

30. Sebahagian mereka (Wakil- Wakil Rakyat Negeri dan Pusat) LEBIH MEMENTINGKAN DIRI dari rakyat yang meletakkan mereka di sana; mereka memilih untuk melupai jasa rakyat.

31. Rakyat Johor khususnya bukan sahaja BOSAN dengan 2 makhluk ini malah mereka juga mula hilang sabar dan kepercayaan dengan wakil-wakil rakyat PH yang hanya pandai bersuara di belakang sedangkan menyembah 'Sultan' dan keluarga seperti orang Tionghua dan Tamil menyembah Tuhan mereka.

32. JIKA SEKIRANYA MUHYIDDIN YASSIN DAN WAKIL-WAKIL RAKYAT PH TIDAK BERUBAH, MAKA TUNGGULAH MASANYA RAKYAT AKAN MERUBAH MEREKA.

33. Umum ternanti-nanti siapakah 'anak jantan' di kalangan 'Bangsa Johor' yang bersedia mendapatkan 'PENGISYTIHARAN MAHKAMAH KHAS' samada Ibrahim dan anak manjanya berhak menjawat jawatan yang mereka sandang sekarang.

34. Tidak sukar mendapatkan khidmat guaman yang 'fasih' tentang Perlembagaan Negara dan Negeri, dan sejarah bagi tujuan tersebut.

35. Sementara itu dinasihatkan 'Budak Kecil Bodoh Ini' jangan lah merasa hebat dan celupar sangat; BACA DAN FAHAM LAH BUKU PERLEMBAGAAN NEGARA sebelum 'BERLAGAK SOMBONG'.

36. Saya bertanggungjawab di atas tulisan ini dan bersedia diambil tindakan undang-undang.

Wassalam
Terima Kasih

No comments:

Blog Archive

My Blog List

Followers