PENGKHIANATAN TERHADAP TABUNG HAJI SUDAH CUKUP BUAT PAS TINGGALKAN UMNO


Image result for skandal tabung haji




Terang lagi bersuluh. Satu demi satu kerajaan PH tunjukkan bukti dan fakta betapa Tabung Haji ini sebenarnya berada di dalam kerugian sejak bertahun yang lalu sehingga Bank Negara pernah menegur tata urus Tabung Haji waktu itu.
Sdr Rafizi Ramli II juga kerap kali membongkar isu di Tabung Haji ini namun waktu itu tiada sesiapa di kalangan Umno atau Pas yang percaya, bahkan Pas sendiri pernah menyatakan rasa puas hati mereka terhadap pengurusan Tabung Haji. Pendeposit di dalam Tabung Haji pula ramai yang yakin bahawa Tabung Haji berada di dalam keadaan baik kerana mereka mendapat 'hibah' yang tinggi diberi oleh Tabung Haji.
Alhamdulillah, penipuan mereka di dalam menguruskan tabung yang dijadikan tempat simpanan umat-umat Islam untuk menunaikan ibadah haji akhirnya terhenti dan berjaya dibongkar apabila Pakatan Harapan mentadbir Putrajaya. Jika dahulu kita hanya sekadar menegur dan mengkritik, tetapi setelah kita menjadi kerajaan kita wajib dedahkan penipuan ini dengan fakta.
Di bawah pengurusan baru yang dilantik oleh kerajaan PH, Tabung Haji telah bertungkus lumus membetulkan keadaan. Bukan setakat itu sahaja, kita juga telah berjaya mengheret bekas Pengerusinya ke mahkamah. PH mahu Tabung Haji dibersihkan sepenuhnya mengikut peraturan dan undang-undang terutamanya di dalam memberikan 'hibah'. Setelah bertahun Tabung Haji ini rugi dan selama ini 'hibah' yang diberikan kepada pendeposit bukannya berasaskan kepada keuntungan Tabung Haji tetapi ianya diambil dari wang-wang simpanan pendeposit umpama "skim Pak Man Telo", kini kerajaan terpaksa mengambil risiko berat untuk menyatakan kepada rakyat terutamanya umat-umat Islam yang berurusan dengan Tabung Haji bahawa Tabung Haji tidak boleh terus menipu mereka.
Apa yang ada pada Tabung Haji mengikut yang sebenarnya, itulah untung ruginya Tabung Haji dan pendeposit harus terima hakikat 'hibah' yang mereka terima kali ini jauh mengecil. Kerajaan PH tidak mahu teruskan penipuan rejim terdahulu hanya kerana mahu popular di mata rakyat. Biarlah sekarang ini rakyat maki hamun kita asalkan kesucian Tabung Haji terpelihara. Lambat laun, rakyat akan tahu juga bahawa rejim celaka terdahulu telah menyebabkan institusi agama dan umat Islam ini tercemar begitu teruk.
Pelik bin ajaib, Pas sebagai sebuah parti Islam turut bersekongkol dengan puak-puak itu hanya kerana kepentingan politik. Sepatutnya parti itu lah yang harus ke depan di dalam isu yang melibatkan umat Islam ini. Malangnya, Pas masih tercari-cari dan tertanya-tanya mana bukti dan mana saksi. Sama juga di dalam isu skandal 1MDB, Pas terlalu lembab untuk memahami isu rompakan terbesar di dunia itu.
WFAUZDIN NS

No comments: