NAJIB TIPU KES PEMBELIAN LADANG EAGLE HIGHT



Peter Sondakh yang memiliki Rajawali Group Indonesia. (Gambar Forbes.com)

PETALING JAYA: Felda membuat laporan polis semalam, mendakwa ia ditipu Najib Razak untuk melaburkan AS$505 juta (RM2.3 bilion) dalam firma perladangan Indonesia yang dimilik rakan bekas perdana menteri itu.
Dalam laporannya di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Pengarah Besar Felda Othman Omar berkata wang dibayar untuk memperoleh 37% saham dalam Eagle High Plantations TBK (EHP) adalah 344% lebih daripada nilai sebenar iaitu AS$114 juta.
EHP adalah sebahagian daripada Rajawali Group milik Peter Sondakh, yang Othman dakwa sebagai rakan rapat Najib.
Menurut Othman, Felda mengambil pinjaman RM4.8 bilion untuk membiayai perjanjian daripada GovCo Holdings Bhd (GovCo), anak syarikat kementerian kewangan yang diketuai Najib sebelum ini.
“Hasil daripada pembelian RM2.3 bilion oleh Felda, ia mengalami kerugian apabila nilai pembelian itu merosot kepada hanya RM555 juta hingga bulan lepas,” katanya.
Katanya, pada 2015, Najib mengarahkan Felda, melalui syarikat pelbagai tujuan FIC Properties Sdn Bhd untuk melabor dalam EHP selepas didekati FGV Bhd milik Felda, Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dan Lembaga Getah Malaysia (LGM).
Othman berkata, perjanjian itu ditandatangani pengerusi Felda ketika itu, Isa Samad, adalah “berat sebelah” dan “berisiko”, sambil menambah EHP mempunyai hutang AS$547.4 juta pada 2014 dan libiliti AS4676.9 juta pada 2016.
Katanya, syarikat tersebut juga tiada kreditasi minyak sawit yang mampan dan tiada mampu mendapat pensijilan Meja Bulat Mengenai Minyak Sawit Mampan (RSPO) walaupun selepas 10 tahun.
Felda mempertahankan perjanjian tersebut 2 tahun lalu dengan alasan ia memerlukan “rakan tempatan yang kuat untuk merealisasikan rancangan perniagaannya untuk berkembang ke Indonesia”.
Memandangkan Kumpulan Rajawali merupakan antara syarikat konglomerat terbesar di Indonesia, ia menjadi rakan yang sangat dicari bukan sahaja dalam sektor peladangan, malah lain-lain perniagaan berkaitan,” katanya.
Awal tahun ini dilaporkan Felda berusaha untuk menjual sahamnya dalam EHP.

No comments: